Friday 28 February 2014

Bumi merajuk.

---
Bumi merajuk,
Biotik & Abiotik
Dah tak ada persefahaman,
Kiri kanan gondol kejar pembangunan,

Manusia lidi ketawa puas, 
Bumi bulat sedu menangis,

Bumi merajuk,
Manusia lidi bongkak, 
Datang kemarau, bencana pujuk,
Si bumi merajuk,

Anak-anak lidi jadi mangsa,
Flora fauna senyum pahit.

Bila manusia lidi nak pujuk 
Bumi merajuk ?

HatiBatu,
Bunga Merah.
---

Thursday 27 February 2014

Bahu.




Berat nak tampung ni.
Diam ! 
Biarkan macam ni 5 minit. Jangan bergerak. Tahan.
Sekejap. Nak luahkan beban bagi ringan.
Bagi saya buang habis perasaan.

Untuk awak,
Ye, awak.
Pertama kali kita buka kata bicara.
Saya rasa dah mula suka kan awak. 
Bila awak senyum ke arah saya.
Dalam masa yang sama ada rasa antara kita. 
Saya sayang awak hari ini. 
Saya sayang awak dulu lagi. 
Ye, awak yang saya rindu setiap hari.
Ye, awak yang saya perlu bila saya rasa "down".
Dan ye, saya tinggalkan awak bila kita gagal pegang janji.  
Bila komunikasi antara kita semakin pasif. 
Mohon maaf. Saya sayang awak sepenuh hati.

Dah, turun kan saya. 
Maaf, saya berat. 
Lelah awak kena tahan.
Lepas ni, tak perlu buat lagi.
Tu, sorry buat baju awak basah. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Wednesday 26 February 2014

Hari baik. 
cuaca kemarau.
tengahari. 1.15pm. 
sedap tengah menjamu makan tengahari,
terbantut seketika bila dua orang perempuan "ber" busking di tempat aku makan tadi.
datang setiap meja ke meja. 
aku sepak kaki member sebelah, angkat kepala 'apahal tu?'
angkat bahu sambung suapan semula.

aku perhati mereke berdua.
Rupa ala-ala minah indon,
suara punya besar nyanyi lagu Ainan Tasnim. 
Mak aiih ! tak tertelan nasi. 
tangan mereka ada sekeping kertas dah siap binding. 
'hemm.. apa tu, dia mai dah'

betul. dia datang pulak tawaf meja aku. 
perempuan tu hulur kertas siap binding tadi.
'ooh..derma untuk tolong rumah kebajikan'
'alahai...kesiannya'
member aku ni pun keluarkan dompet keluarkan note hijau rm5.
"nah, ikhlas" punya bangga member aku ni sorang. terpancar ikhlas tu.
"sorry, we don't except rm5. We only received rm10 only"

Tu diaaaa... serta merta aku jadi panas.
aku ambik balik rm5 member aku punya tu, 
aku pun jawab.
"It's okay if you don't want. Thank you!"
member sebelah aku ni tak habis-habis ternganga. macam mintak aku suapkan kaki ayam kat mulut dia tu.
perempuan busking tu terus senyum dan berlalu sambil nyanyi lagu Ella pulak. 
terdetik rasa tak puas hati. Pelik. 

Balik tu, aku terus klik abang Google. 
gotcha !!!!!

Rupanya mereka merupakan orang Filipina. Dilakukan mengikut kumpulan. Busking sambil minta derma adalah trademark untuk menutup salah yang sebenarnya rumah kebajikan tersebut langsung tak wujud. Demand rm10 untuk kepentingan sendiri. Sedang berleluasa di semenanjung. 

Macam-macam dunia sekarang, masih muda, kudrat ada untuk bekerja.
tapi ikut jalan pintas. 
bila jalan pintas, jawapannya akan dapat sepintas jugak tapi sekejap. 

Abah dari kecik didik aku. 
Abah jenis yang berjaga-jaga terlampau.
Jangan bagi duit pada orang tak kenal.
Jangan sembarangan.
Jangan itu... Jangan ini..

Bila aku dah besar panjang, aku mengaku aku sukar percaya dengan manusia-manusia di bawah sindikit. walaupun aku tak tahu.
dan aku sentiasa pegang teguh satu hal.
"derma bila kita rasa betul-betul ikhlas. Bila niat kita berbalik, lupakan. sama jugak kita memberi tapi mengungkit."

HatiBatu, 
Bunga Merah.





Tatabahasa baku.


Sekarang zaman millenium
Zaman stok-stok ikut trend. 
Tipu lah kalau kata aku pun tak ikut trend. 
Tiada dah bahasa baku yang betul-betul baku.  bahasa baku bercampur bahasa pasar ada lah.
Khas dituju kan untuk aku jugak. 
Tapi yang paling mengecewakan bila bahasa malaysia sendiri bertukar bahasa pelat. 
Apa sudah jadi.
Bila dah terlalu short form dan sampai susah kita nak faham.

Contoh-contoh sumbing.
Sayang - yyunk
Tidur- titow
Kita- titew
Saya- cy

Ini yang baru aku nampak seorang. 
Jenuh nak translate untuk faham diri sendiri.
Aku pun bercinta. Tapi selagi boleh guna bahasa biasa yang diajar waktu sekolah tadika. 
a-b-c....z
Bukan
Aeww-beww-ceew...zack

Seronok sebenarnya belajar bahasa baku. 
Cuba try test. 

HatiBatu,
BungaMerah.

Malam tadi.


Entah bila masa mama beradu dengan aku.
Teruk mama batuk. 
Apa yang aku ingat, 
Urut belakang dan perut dia,
Aku tertidur balik.

Panas malam tadi.
Tak semena-mena aku terjaga tapi mata masih terkatup.
Mama peluk aku sambil tangan tepuk-tepuk punggung aku. 
Aku sayu. 
Rindu.
Ahh ! Rasa macam kanak-kanak.
Tak lama aku terjaga buka mata bulat aku. 
Duduk dengan dia bersembang hampir 2 jam sampai pukul 2 pagi. 
Bergosip. Luahan perasaan. Korek cerita lama.

Ye, aku masih tidur dengan mama.
Aku tak malu mengaku. 
Bila aku sakit, mama mesti tidur sebelah.
Bila mama panas, dia mesti masuk bilik aku. Katanya sejuk. 
Bila aku takut, aku ajak mama teman aku tidur. 
Bila kami sedih sama-sama,
Semua benda akan buat sama-sama.
Teringat masa arwah nenek aku meninggal.
Abang aku dengan tugas negara.
Abah aku dengan tugas cari nafkah.
Yang tinggal kami dua beranak dekat rumah.
Terasa-rasa bayang arwah ada dekat rumah. 
Pukul 2 pagi serentak masing-masing terjaga. 
Pergi toilet berteman. Dan time tu menunggu keputusan PLKN. 
Aku mintak mama berdoa supaya gagal dapat masuk PLKN. 
Maklum lah, doa ibu kan mustajab.
Menjadi, ye aku tak dapat PLKN. 
Mama lah orang paling seronok. 

Itu semua secangkir kenangan antara mama dengan aku. 

Aku menguap, mama pun menguap. 
Unlock iphone, klik music.
Letak tepi.
Peluk mama. Tidur balik.


HatiBatu,
Bunga Merah.



Bila harus memilih.

Buntu.
3 tahun lagi. 
3 tahun...
Ye, itu saja masa yang tinggal untuk aku. 

Yang mana perlu aku tinggalkan dan yang mana harus aku pilih.

Tetibe, 2 orang kawan gila-gila kol tanya khabar aku. 
Menitis pulak air mata. 
Ada jugak orang ingat aku. 
Pot pet pot pet , ha ha ha ha
Terima kasih Eg + Syukri. 

Haihhh ! Mengeluh.
Pepagi buta terjaga
Otak kusut dengan itu ini.

Ahh ! Lantak. 
Kita dah besar. 
Dah pandai buat keputusan. 
Tak boleh undur.

Aku pun tak tahu. 
Selamat pagi buta. 
Chawww.

HatiBatu, 
BungaMerah.


Tuesday 25 February 2014

Mr B.P !



Nasrul Suhaimin Saifuddin aka Mr B.P aku panggil. 
Ini salah seorang lelaki yang aku kagumi kerana peribadi nya, disiplin nya, cara kerja nya, karier nya,
Kenal identitinya melalui tata kerja bukan kisah kain dalamnya.
Siapa sangka, dia orang paling lama dalam seni tapi "low profile"

Aku salute kau Mr B.P !

"It's better untuk orang kenal kita melalui hasil kerja walaupun jalan tu gunakan masa yang agak lama"

-Mr B.P

"You can't built trust in two days and Rome wasn't built in a day. 
So there you go, my 2 cents worth."

-Mr B.P

Menghormati dan mengkagumi bukan bermaksud perlu dicintai.

HatiBatu,
Bunga Merah.




Cita-Cita Pak Kaduk versi aku.

Aku bukan nak cerita pasal kaduk. 
Tapi kisah aku yang seangkatan. 
Bukan nak riak dalam darah mengalir darah pak kaduk.
Tapi itu sajalah yang tinggal untuk aku ceritakan pada generasi aku seterusnya.

Buang belakang balik cita-cita nak jadi cikgu dan penulis novel.

Cikgu.
Ingat lagi masa unur 6 tahun, 
Bila cikgu tanya "cita-cita nak jadi apa?"
Aku meraban letak doktor, polis, cikgu.
Aku cancel doktor sebab aku takut darah dengan ubat.
Aku cancel polis, sebab nanti aku kena tembak plus aku takut darah jugak.
Cikgu. Cita-cita aku tu tercapai jugak sekejap. 
Jadi cikgu tadika ajar budak-budak chinese.
Mendadak berat aku turun. Tak cukup rehat. Seronok. 
Kena panggil "teacher zula (zura)" sebab dorang pelat huruf R. Heaven gila.
Waktu tidur dorang, buat muka garang tangan genggam rotan. Gertak budak-budak suruh cepat tidur. 
Pagi- joget plus nyanyi chicken dance.
Petang- layan movie stock-stock kartun.
Balik rumah pengsan. 
Sekejap tapi satu pengalaman emas. 
Sambung belajar...

Penulis novel.
Start jatuh cinta dengan novel umur 12 tahun.
Berangan nak tulis satu kisah sebab aku ni suka berangan.
Membuak-buak time tu nak jugak muntahkan idea. 
Ambik pencil lead, buku tulis sekolah. 
Hambik. 3 buah buku habis. 
Terbawak sampai aku 17 tahun. 
Hero-hero dgn heroin-heroin aku nama stock-stock "haikal+aliya" 
Aku pun tak tahu kenapa suka sangat dengan nama dua watak tu. 
Nak kata ex lama nama haikal. Haremmm.. Takdok. 
Up sikit guna laptop. Aku simpan situ. 
Last-last laptop terburai habih karya aku. 
Takpe, satu hari nnti aku nak jugak sambung semula apa yang tertunggak. 
Kawan-kawan banyak bagi feedback positive. 
InshaAllah one day,

HatiBatu,
Bunga Merah.

LAMPAU DAN KINI.

Rupanya tak ada satu kisah aku dengan dia.
entri dia penuh dengan kisah alam manusia.
kisah aku?
tak perlu. tak penting.

jenuh jaga hubungan antara kawan, sahabat, pok cik, mok cik, 
hubungan antara kau dan aku, kau koyak sikit-sikit sampai rabak.

"awak, bukan isteri saya yang perlu saya kongsi cerita"
bhai,,, sampai sekarang makan dalam ayat tu.

kalau boleh bukak hati aku ni, 
dah rasa kena toreh habis, lunyai,
tinggal ketul-ketul darah,
apa lagi yang tinggal untuk aku?

tapak kenangan dah kau buang.
polaroid aku dengan kau hilang dek sakit hati.
klik sana klik sini bersih dah kau sapu habis,

yang tinggal secalit, muka aku dan kau dibelakang pintu
dan nota kuning dolu-dolu.

aku rindu zaman lalu.
zaman curik-curik bercinta.
zaman acah-acah kau.
zaman kerjasama.

kenapa aku pilih kau?
jawapan clishe zaman sekarang,
"sebab saya nak awak jadi imam saya"
"saya nak awak lindung saya"
"saya jatuh hati dengan awak"

jawapan aku.

sebab minat kau dan minat aku hampir sama.
kau ingat lagi? (takpe biar aku kata)
pertama kali kau dengan aku mula nak buat muka baik.
kisah kau yang suka buku.
kisah kau yang suka travel.
kau suka pantai. 
hampir sama dengan aku kesemuanya.

suka kau sebab diri kau.
terserlah sikap kau lintang pukang lari.
aku tak rasa malu. aku suka.

tapi lama-lama.
aku sedar, kau dengan aku semakin jauh.
sampai aku hampir tak kenal kau. 
satu-satu langau timbul dan aku mengaku aku hampir putus asa.

aku perempuan dan kau lelaki,
dongak kepala pandang langit, 
apa yang kita usaha untuk masa depan?

itu antara kau dan aku..
tiada siapa yang tahu..


HatiBatu, 
Bunga Merah.


Dua-Dua kepala batu,
Dua-Dua ego,
Dua-Dua keras hati, 

Siapa yang menang,
Siapa yang kalah,

Jawapannya,

Menyakiti hati masing-masing, 
sampai lelah dan tiada sudah.

HatiBatu, 
Bunga Merah.