Tuesday 30 December 2014

HANYA KERANA DIA SEORANG ADIK.

Tawar Hati.

tak tahu pada siapa untuk disuarakan.
keluarga yang hampir pecah.
yang disalahkan seorang adik.
hanya seorang adik.
sikap seorang adik.

seorang adik yang hanya nampak salahnya.
hanya seorang adik perlu melutut memohon maaf.
hanya seorang adik abang sanggup berkata begitu.

mungkin nasib tak menyebelahi seorang adik.
hanya sebab dia adalah adik.

pepatah ada mengatakan.
yang tua dihormati.
yang muda disayangi.

mana mahu hormati yang tua kalau yang tua lupa sayang yang muda.
mana mahu pupuk rasa hormat bila tua lupa tanggungjawab pada yang muda.

terseksa rasa.
bila apa yang disuarakan ditolak mentah keluarga.
yang hanya tahu.
dia hanya seorang adik.

ya, hakikat hanya seorang adik.
hak suara nya dipekakkan.

HANYA KERANA DIA SEORANG ADIK.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 9 December 2014

SAHABAT


bila diri bermain emosi.
sebak.
kurang dari 7 hari.
sahabat susah senang bakal mendirikan rumah tangga.

hari ini. 
09.12.2014
satu hari i-phong ku tak berenggang.
bermain whatsapp dengan sahabat baik

"lepasni kau tak boleh ikut aku balik kg dah"
---
"lepasni tak boleh jalan jauh-jauh dah"
---
"lepasni kita ada komitmen lagi besar"
---
"dah tak boleh nak tidur sebantal"
---
"dah tak boleh nak berkepit selalu"

sebak. 
kehilangan seorang sahabat kehulu-kehilir aku. 
sebak.

sebak dalam senyum.
tahniah bina dunia baru.

jaga diri sahabat.
jaga suami sahabat. 
jaga hubungan kita sahabat.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Wednesday 3 December 2014

SELAMAT DATANG PENGHUJUNG TAHUN.


Selamat Datang penghujung tahun.
Disember 2014.

Sekejap masa berlalu.
Terlalu Pantas.

Bakal bertambah usia.
Bakal menambah kedut wajah.
Bakal bertambah tanggungjawab.


HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 25 November 2014

MAAF DAH TAK ADA RASA


maaf dah tak ada rasa.
tambah perasa sekalipun tetap tawar.

past is past.
aku dah faham permainan kau.

tak perlu nak diulang kenangan lama.
dah basi walaupun ditanak semula.

sekarang aku bakal bina hidup baru.
dah pergi main jauh-jauh....

selamat tinggal!

Monday 17 November 2014

SATU LANGKAH YANG GUGUP.


16hb November 2014
2.00 pm
Ahad
Hari Merisik.

Alhamdulillah selamat satu langkah.
gugup tu Allah je tahu.

Dapat lah aku sebentuk cincin tanda dilamar dan dirisik oleh pihak lelaki.
Sebentuk lagi tunggu bulan depan. Ahaks!

Berbunga nya hati...

Bukan senang kan nak kahwin
Bukan senang kan nak cari duit
bukan senang jugak nak kebahagiaan kan...

Monday 3 November 2014

Arghh RINDU!!


Ya Allah.
betapa rindunya dengan suasana kerja setahun lebih yang lepas.

Alhamdulillah.
2hb November 2014
dapat bekerjasama semula.

rindu team lama!
Allahuakbar.

terubat rindu. sambil menyengih.

kumpul lagi satu pengalaman baru.

bekerjasam dengan "MUBARI SOUND.LIGHT.TRUSS"
satu nama besar.

bekerjasama semula dengan supervisor lama.
jumpa dengan rakan lama, bos lama.

Alhamdulillah rezeki.

HatiBatu,
Bunga Merah.


Friday 31 October 2014

WAKTU & TANGGA


waktu bercinta siang malam gayut.
waktu tersengih seorang diri.
waktu menghadap telefon sampai panas.
semua tu dah tinggal belakang.

waktu sekarang.
waktu cari duit.
nak naik stage seterusnya.
takkan nak kahwin pakai air liur.

tangga ke3 dah bye bye!
tangga ke2 sedang meniti.
tangga 1 lagi setahun.

Permudahkan lah urusan ku dan pasangan.

HatiBatu,
BungaMerah

Wednesday 29 October 2014

AIR TANGAN BONDA


tengahari yang berbulu. 

sedap mengunyah rezeki .
aku tapau. 
air tangan bonda.
paling sedap dalam dunia.

datang ulat beluncas busuk.
"tak ada duit nak makan ke?" 
tergigit lidah sendiri.

mulut aku pedas menjawab.
"takkan tapau makan pun nampak miskin?'

barangkali ulat beluncas busuk ni.
tak merasa berapa nikmatnya .
makan dari air tangan bonda.

bentang lah nasi putih dan ikan goreng sekalipun.
kalau dari air tangan bonda.
kunyah sampai pejam mata sedapnya.


HatiBatu, 
Bunga Merah

Wednesday 1 October 2014

OKTOBER BARU.

hari pertama 01/10/2014
hari kedua jatuh sakit 

dugaan. 

terlalu banyak memikir.
terlalu banyak belum diselesaikan. 

tahan dulu.

nasihat Doktor Pakar,
kalau tak mampu.
berhenti. 

sedang belajar lain.

In Shaa Allah. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Friday 19 September 2014

EMOSI


otak kau dah penat berfikir sebenarnya.
siang fikir hal kerja yang tak sudah-sudah.
malam fikir ke arah masa depan. 
tengah tidur pun otak masih berjalan. 

bila otak dipaksa mengayuh 24 jam
silap haribulan padah lain

dah penat sebenarnya.
bukan penat sikit tapi penat banyak.
hal biasa.
mengeluh jawapannya.

bak kata Hamba Allah.
"takpe bersusah dahulu"

aku pegang kata dia. 
tapi ada jugak terbabas.
rasa nak senang je setiap masa.
lupa Tuhan boleh uji kita bila-bila.

kau cuba cari yang perfect melampau
konon nak riak dengan alam kau dapat yang perfect

kau lupa. 
sebenarnya bukan itu yang kau nak.
tapi sebab pengaruh dunia kejam.

nangis tak tertangis.
dongak tengok bulan.
renung salah diri. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.

HANYA ANAK KECIL YANG BARU BELAJAR DUNIA KEJAM

bila satu tahap.
kau mengeluh dengan Tuhan kau.
langsung tak bersyukur.
Tuhan bagi kau bernafas.

itu ini kau nak kata.
itu ini kau tak cukup.
akhir kau mengeluh salahkan Tuhan.

bila waktu senang.
bukan kata kan Tuhan.
mak ayah pun jeling sipi-sipi.

bila satu tahap.
kau baru mengucap.
baru ingat. 
banyak salah kau belakangkan Tuhan.

sedar diri. 
jangan ulang lagi. 
cari nasihat manusia berguna.
alhamdulillah belum terpesong. 

hanya anak kecil yang baru belajar dunia kejam.

HatiBatu,
Bunga Merah. 

LIRIK BAHAGIA


terima kasih seorang abang
hadiahkan lirik itu pada aku
"dik, kau bukak page abang, dengar lagu baru abang."
"sesuai untuk kau dengan bakal suami kau"

aku tersenyum.
terima kasih.
masih ingat aku.

dan aku jawab.
"dah dengar. 3x dah pagi tadi"
"sambil tersengih sorang-sorang"

ya. aku suka lirik lagu tu.

titis-titis gerimis
membasahi di wajahmu
lalu engkau tersenyum
mana hilang sang mentari

tanpa kau sedari
kehadiran sang pelangi
menambahkan seri duniawi

cinta kita bak mentari
gerimis dan sang pelangi
semuanya saling perlu serta memerlukan

pelangi dan keindahan dan kebahagian
dalam seribu dugaan dalam percintaan

cinta suatu anugerah
tuhan maha pemurah
cinta membawa bahagia
bila tersulam penderitaan
---------

lagu pengubat emosi untuk hari ini.
terima kasih sang penulis.

HatiBatu,
Bunga Merah

Friday 12 September 2014

21.06.2014 HARI KONVOKESYEN AKU.




Alhamdulillah.
lambat post.
akhirnya...

abah !! mama !!
adik dah convooooooo...

awak !!!!
saya dah convooooooo...





2011-2013.
tahun yang agak rasa zaman tak best sebenarnya.
kenapa?
rakan-rakan yang lupa diri
rakan-rakan yang boleh simpan rahsia
entah.
banyak kisah.
banyak drama.
ambik keputusan sumbat telinga.

berjaya bawak diri dari kelompok manusia hipokrit.
yes.
lega.

sekarang dah keje.
tak lama lagi galas tanggungjawab baru.
kejap je rasa masa berlalu.
sangat sekejap.

alhamdulillah ini semua rezeki.
kalau ada rezeki lagi kita sambung belajar.
kalau lah...
masik fokus pada urusan kerja dan keluarga.
In Shaa Allah kalau diizinkan.

Selamat Semua...

HatiBatu,
Bunga Merah.

Wednesday 10 September 2014

MENGHADAP

menghadap.
hadap sakit.
azab dunia.
sampai satu tahap.
tangan kau tak boleh diangkat.

titis air mata.
mengeluh.
dugaan.
mama dan dia banyak bantu.

usaha angkut aku.
tahu jawapan.
rupanya sakit sikit sudah bawa naik ke atas.
menganga.
buat punca.

terima.
konsisten makan ubat.
alhamdulillah semakin pulih.

terima kasih mama, keluarga dan dia.


HatiBatu,
Bunga Merah.

Friday 5 September 2014

SEJENAK BERFIKIR

sejenak berfikir
bagaimana mahu martabatkan adat melayu
bagaimana caranya....

Tuesday 2 September 2014

BIBIR TAJAM ITU KAU.

encik abang cik kakak
apa mahu kecoh kain dalam orang
tak perlu sibuk kata itu ini

kau bertanya 
dia jawab
sudah nya 
kau ada riak tak senang 
masalah...

itu hal dia lah. 
pernah fikir?
kenapa dia boleh ke tahap itu
waima dari segala segi

sebab...
dia usaha
nak dapat apa yang dia idamkan

sebab...
titik peluh dia cari mata wang
untuk diri dia
kepuasan sendiri

cuba aku tanya
kau boleh dapat apa yang kau mahu dengan petik jari?

boleh! 
kecuali kau anak keturunan makan tak habis
apedehal.

tanya dia?
tak boleh
sebab tu dia usaha sendiri
waima dia tidak mahu susahkan keluarga dia

kau yang gatal nak kahwin
kau kumpul lah duit sendiri

itu yang dia sedang buat.
tapi orang pandang pesong.
"bukan mahu cemburu lah, melebih lah"
hakikat kau tak tahu apa yang dia mahu.

ulang kata, 
kepuasan sendiri guna wang sendiri.
bukan.
kepuasan sendiri guna duit mak bapak sendiri. 

kau tak rasa
sebab tu bibir kau kata bebas.

itu saja. maaf.

HatiBatu, 
Bunga Merah. 

Wednesday 13 August 2014

AL-KISAH MIMPI

Al-kisahnya...

mimpi kucar kacir. 
hati tak tenteram mimpi dalm mimpi.

'dia'
aku gelarkan dia.

dalam mimpi, dia berjumpa dengan dua kematian. 
seorang tidak tahu siapa lelaki tersebut dan seorang lagi abang saudara dia.

bermula cerita. 

dia berjalan dan melihat situasi yang sedang berlaku. 
lelaki misteri itu sudah mahu dikafan tetapi kecoh orang sekeliling. 
ada sesuatu terjadi pada lelaki misteri itu. 
katanya muka lelaki itu bertukar lebam dan mahu membusuk. 
dia hanya dengar dan menjenguk sedikit kepalanya mahu melihat. 
benar, wajah lelaki itu lebam dan bengkak. 

kata seoran tua disitu, itulah balasan pada mereka yang tinggalkan solat. 
lelaki itu memang kerap meninggalkan solat. 
tiba-tiba si dia gentar. terasa sendiri.
'ye macam aku jugak suka tinggal solat' gumam dalam hati dia.
 dia terus berlalu meninggalkan situasi pertama. 

Dia berjalan-jalan lagi tidak ada hala tuju. 
berjumpa pula dengan situasi kedua. 
abang saudara nye meninggal akibat jatuh dalam bilik air. 
begitu senang kematiannya.
keliling jadi sayu, sedih. 
sedang dibacakan yassin. 
dan dia terpandangkan roh abang saudaranya tidak jauh dari dia.
hairan. hanya dia yang dapat melihat. 
dia bertanya, tidak ralat kah dengan kematian nya.
abang saudara dia hanya menggeleng senyum dan terus hilang.

dia berjalan lagi. 
mahu menaiki lif tingkat lima.
hairan. lif hanya lepas hingga tingkat 3. 
sudah banyak kali diulang naik. tetap berhenti di tingkat 3. 
apa sudah jadi?
dia bergegas mencari jalan pintas. 
masih tidak dpat ke tingkat 5. 
dia sudah penat.
dan menggangap itu suatu petanda  untuk diri dia sendiri.
tapi dia tidak tahu apakah mimpi itu hanya dogengan ataupun membawa maksud yang tersirat. 

Wallhua'alam.

HatiBatu, 
Bunga Merah. 



HARI RAYA 2014

sempat lagi tak nak ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri"??

tak habis raya lagi kan.
blog bersawang. lama tak dibelai.

selamat hari raya.
maaf zahir batin.
raya ni cukup ala kadar.
sepasang baju lama dah memadai.
alah baru pakai sekali.
apa dehal.

Alhamdulillah ada rezeki lebih.
untuk mama abah dan bakal Incik Tunang.

sibuk dengan itu ini. beribu riban lah wang keluar bagai air
takpe untuk kepuasan diri sendiri.
yang mana perlu jimat kos kita cuba.

raya tahun ni apa yang special??
seronok dapat beraya dengan saudara-mara.
seperti biasa berjauhan dengan dia.
makan, makan dan makan. jenuh lah.

tahun ni agak berlainan.
beraya dengan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah.
berjumpa semula setelah sekian lama.
konvoi raya 6/7 buah kereta.
berkayak sampai lenguh.
hahhhh ! gembira.

bawa rendang ayam dan nasi impit segera ke ofis.
habis licin.
takpe kita consider hari raya.

Selamat Berjumpa lagi Hari Raya 2015.
Ampun maaf salah laku.

HatiBatu,
Bunga Merah.




Tuesday 12 August 2014

12.08.2014 MANUSIA ITU INI


kita yang diam
jangan sangka orang tak mengata
kita yang bising
jangan sangka orang suka
kita yang baik
jangan sangka orang tak kata kita sebaliknya
rencah manusia.

roda berputar
ini waktu kita
pendam
tolak kapas dalam telinga
waktu kamu nanti
lihat dan rasa
karma rupanya


HatiBatu,
Bunga Merah.


Tuesday 22 July 2014

OTAK


mati kata.
lelah.
terlalu penat kejar masa.
terduduk diam.
kesat peluh.
setiap saat mengeluh.

kalau boleh di korek isi otak.
di cuci bersih.
diganti yang baru.
semua masalah hilang.

tapi sampai bila perlu sembunyi.
hanya penakut berbuat begitu.
buruk baik tetap perlu diselesaikan.

telan air liur.
kesat air mata.
bangun pandang hadapan.
cari semangat.

ampun maaf aku sujudkan.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 8 July 2014

MELAYU KINI


hembus rokok tepi longkang
mata melilau lihat anak muda
ke hulu ke hilir 
otak berjalan 
hati kata bolak-balik

berdiri tengah lautan anak manusia
dum dam dum dam penjuru kiri
ini melayu atau pura-pura melayu?

mata berdarah
terkeluar lurah adik ke kakak?
hipster ke tu?
merahnya bibir ala fazura retis tu
pandang seluar putih
jarang nampak seluar kecik gambar kartun
ceh tak ayu langsung

yang si gagah
pandai bergaya
sejuk mata
paling koman 
pendek tang lutut

kompius dengan si betina
ini kalau bakal mentua tengok
sesak nafas tambah serangan jantung

semula..
aku berdiri tengah
jadi pusing
lagu merepek
pakaian sakit mata
aku pusing-pusing-pusing
ambik tempat
duduk tepi
tarik nafas

terfikir..
aku pun jahil
tak reti kisah agama
tapi tertutup tubuh dengan rasa malu
mintak simpang
masih belajar

anak-anak...
2014 

HatiBatu,
Bunga Merah.


Thursday 3 July 2014

USIA

baru terasa kedut muka. 
usia bertambah.
jerawat pasir atas dahi.
muka bekas chicken pox. 
tahi lalat tepi. 

huh! dalam hati nasib badan. 
pikir otak. 
tersedar.
tak bersyukur apa Tuhan bagi. 
itu mahu mengomen lagi.
buang cepat-cepat pikiran.

ya, ini wajah saya. 
secalit pink di bibir. 
fakta garisan senyum. 
mata boolat. 
tahi lalat manis. 

ya, saya Cik Bunga. 


HatiBatu, 
Bunga Merah.

Tuesday 1 July 2014

NOTA HARI ESOK


pengajaran untuk kita kenal kehidupan
yang baik dan buruk ambil tauladan
jangan jatuh kerana masa silam
bangun untuk perbaiki masa depan

belajar melupakan
bina kisah baru
jahit nota berwarna
coret untuk hari-hari esok

aku dan dia
semoga dipermudahkan.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Monday 30 June 2014

YE, KITA KAWAN.


ye,
kita kawan.

salam sebagai kawan.

perit.

takdir kata ya.

jangan melawan.

hati kata mahu.

pikir ada hati akan terluka.

tabah. tekad.

masih sayang.

apakan daya.

nota ternoktah sini.

ye,
kita kawan.

bukan lagi musuh.

tiada lagi lari-lari.

terima.

HatiBatu,
Bunga Merah.


Thursday 26 June 2014

LEMBAH BERWARNA


mahu kemana kaki
hari mendung
taufan berteriak
mata melilau

mana insan Tuhan
cipta lembah berwarna
melukis sejarah
nota berdua

HatiBatu,
Bunga Merah

Wednesday 25 June 2014

HARI TUA KAU.


Selamat Ulangtahun Kelahiran 23.

semoga jadi anak yang baik.
25 june.

semoga berubah sikap baru.
untuk masa depan sendiri.
bukan untuk orang lain.

jangan terus jadi pembohong.
takut termakan diri satu hari.

lagi sekali.

Selamat Ulangtahun Kelahiran 23.


HatiBatu,
Bunga Merah.

Monday 23 June 2014

DOLU.


dolu.
pernah ada rasa mahu berpaling tadah jantina
berseluar panjang dan t-shirt bodoh
rambut atas leher

mana tak cenggitu
dibesarkan sekeliling lelaki
panjat pokok
tumbuk muka
jalan kasar
lagi-lagi abah
pantang aku pakai kain
dan-dan minta aku tukar
siapa treat siapa ni.

12 tahun.
aku mula segan dedah rambut bila keluar
(sekarang tak ada lah alim mana, bogel jugak kepala) 
segan tu ada. tak banyak sikit.
pakai hijab buka tutup.
suka hati aku lah time tu.

berginjak usia belasan 
sudah sedap hijad di kepala
pakaian masih sama
seluar dan tshirt

16 tahun
kena pedas daripada arwah nenek
sudah besar tapi tak reti pakai kain batik
belajar pakai kain
bagaimana nanti bila dah berumah tangga
time tu pekak telinga 
tangan tunding arah abah
tu..penyebab aku zero ikat kain.

17 tahun
arwah nenek pergi tanggal bulan 5
rasa sedar ada 
rugi nya tak reti ikat kain batik
jinak-jinak gaya perempuan
skirt labuh berbunga, blous feminin
dan jatuh cinta dengan gaya baru

21 tahun
ye, aku sekarang
masih londeh pakai kain batik
bebal asyik mahu lucut
tapi stok-stok pakaian penuh dengan gaya perempuan
nafsu sembilan bercabang
pantang nampak dress mesti rembat satu

itulah perempuan...
ye perempuan...
kaki diskaun terlebih.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Sunday 22 June 2014

My day.


terima kasih.
keluarga. kekasih. sobat.
hari ini hari besar aku. 
21.jun.2014 
selamat hari konvokesyen untuk sendiri. 
puas. 




3 tahun.
drama king queen.
lumrah.
hadap semua. 
tamat hari ini.


lagi sekali.
untuk aku. 
terima kasih diri sendiri. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.


Thursday 19 June 2014

FIANCEE TO BE


fiancee to be..

bunyi macam dekat
tapi nak sampai ke "to be"
ambik masa
persiapan zahir batin
sudah cukup?
separuh belum tentu

sudah dirisik antara dia dan bonda
nakal disitu
kedip-kedip mata
cerna otak
terlalu muda
tapi...

fikir ku tanggungjawab
antara anak dah keluarga
antara aku dan dia
antara aku dan diri

keluarga on aje
aku off aje
alahai...
ikut kan rasa siapa yang tak nak
ikut kan karier berbelah bagi

InShaaAllah
mungkin ada hikmah antara awal dam lambat.

HatiBatu,
Bunga Merah.


KALAU LAH...


kalau masa boleh diputar.
kalau lah...
mustahil berlaku.
ayat cliche anak-anak sekarang.
termasuk aku.
kalau lah...

tapi
manusia tiada yang sempurna waima sedikit.
hanya mampu insaf diri.

YaAllah.
YaAllah.
YaAllah.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Monday 16 June 2014

AKU PILIH PERMATA.



buat apa mahu lepaskan seseorang yang titik peluh sama dengan kita.
buat apa mahu simpan seseorang yang tikam belakang kita.

bodoh!
bodoh!

intan permata depan mata.
kaca juga yang jadi pilihan.

itu tragedi dulu.
betul kata orang.

kalau tak jadi macam ni kita tak tahu dunia.
satu pengajaraan untuk diri sendiri untuk lebih hati-hati.

dan itulah yang jadi.
aku hanya senyum.
tak ada rasa untuk menyesal.
hakikat.
terima.
cipta rasa baru.

HatiBatu,
Bunga Merah.



UNTUK AKU


ikhtiar untuk diri.
aku itu.
mula mengeluarkan fikiran di luar kotak.

bagaimana itu bagaimana ini.
bertanya sifu.
belajar dari bawah semula.

garu kepala.
muntah darah dibuatnya.
pelan-pelan.
tiada siapa senang untuk capai sesuatu.

biar rabak sekarang.
jangan rabak nanti.
biar lelah sekarang.
jangan mengeluh nanti.

moga berjaya.
martabatkan seni dalam kamus aku.

moga berjaya.
usaha 4 kerat team aku nanti.

moga berjaya semuanya nanti.
ameen.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Friday 13 June 2014

TUAN PUTERI


macam lalang
tiup angin
bergerak lembut kiri kanan 

macam itu si tuan puteri
terumbang-ambing
pitam dengan hala tuju

mahu langkah mana
zahir batin
jiwa tersiat
luaran paksa 

mana satu mahu pakai topeng hari ini?
yang ceria kah?
yang sayu kah?
yang tiada perasaan kah?
yang pura-pura kah?

pilihan si tuan puteri
entah
tiada hala tuju

macam lalang jadinya
bertiup lembut

tiada siapa tahu 
luka berdarah lama
sampai kering 

berlagak seolah-olah tiada apa
itu saja tuan puteri mampu

HatiBatu,
Bunga Merah










PENYUDAH NYA...

tamak haloba
kurang kasih sayang
taksub duniawi 
ini penyudah nya...

dayus

satu ayat pelengkap

berubah lah kawan ku
satu hari nanti 
kau yang merana

tiada sisa-sisa 
punca bahu sendiri

semoga Tuhan laknat kata-kata bongkak kau. 

sekian.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Wednesday 11 June 2014

PERIT

perit itu yang rasa
sakit itu kita juga
buat apa mahu tikam diri
andai orang tak sudi

manusia serigala berdekah-dekah rejam
kita semakin sayu tunduk bumi
buat apa mahu dikenang

bangun.
tanam niat
bodoh tikam diri
fikir bijak bukan ada satu
tapi sekeliling kita
salah satu dia yang dipilih
malaikat pimpin kita

cukup.

HatiBatu,
Bunga Merah










Tuesday 10 June 2014

SIAPA KAU ?


siapa kau?
datang tak diundang 
tiada manis kata 
kau masuk kaki kiri

terpingga
aku kenal kau?
kita kawan lama?
atau kau duga aku?

rumah aku cara aku 
peraturan aku diri aku 

datang cara baik
aku sambut dengan manisan senyum bibir 
cuba jadi wira gagah 
kalau itu kau mahu
kenalkan diri kau


HatiBatu,
Bunga Merah

Wednesday 4 June 2014

MERAH PEREMPUAN


perempuan,
kalau datang merah
itu ini tak kena
puting beliung boleh jadi

emosi,
jangan kata
haru biru
macam warna boleh tukar

rasa nak tidur
renggang otot
hadap kipas
sapu minyak panas
peluk bantal hensem
tarik gebar luas

haiii...
ambik cuti lagi.
lantak!

pejam mata
angan tak sudah
senyum sumbing 

iphong pi main jauh-jauh
nak mimpi bakal encik abang ni

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Tuesday 3 June 2014

DUDE



Dude,
hilang hormat aku
lembut aku kau nampak
kasar aku belum lagi

Tunggu
kau main gila
aku balas gila
kau main kotor
satu hari aku balas kotor

belajar hormat perasaan perempuan.

HatiBatu,
Bunga Merah.


BULAN-MINGGU


bulan ini
bulan enam
bulan makan minggu-minggu aku

menghitung hari
jalan bersama dua kaki
mabuk jalan
tahan
tak lama sampai jugak

dari negeri cik siti wan kembang
terus ke negara sawadikap
menghitung hari

hoi mana masa untuk diri aku
lepak seharian mentelaah buku tebal
hobi manja aku yang sudah jarang

rindu...
rindu semua...
deep.

HatiBatu,
Bunga Merah





Monday 2 June 2014

PESANAN.


pesanan.

pupuk diri untuk cinta diri
jangan bunuh diri untuk diri
fikir diri untuk diri
sayang diri untuk diri

jangan terlalu taksub dengan kerja
kelak makan tua
jangan terlalu pentingkan dunia
kelak makan dalam

bila sedar,
rupa banyak sudah tertinggal zaman
mana masa anak beranak
mana masa dengan yang sayang

kedip mata...panas
ada sesal
puas hati?
ronok-ronok dengan kerja?
tua kau tak ada sapa peduli
anak beranak malah kawan kerja kau dulu tak ada

kerana...
anak beranak sudah penat
berjalan dengan sendiri
alasan kau "kerja"
dah sudah lali
bye-bye.

eh cop! mana kawan kerja kau?
ohh, waktu guna kau sudah tamat tempoh
cuba tumbuk dada sekali.
apa rasa?
entah.

HatiBatu,
Bunga Merah





Friday 30 May 2014

BUNGA MERAH


hidup aku
berubah dikit-dikit pasif 
bawa aku 
belajar menghormati
alam sekeliling supaya
jangan galak tunjuk
diri aku yang lemah 
pada air mata 
tapi itu ternampakkan dulu

mana hati mahu tukar besi 
kalau rasa tidak boleh tipu
mana sakit mahu dipendam 
kalau sudah tertipu

mana kasih mahu disambung
kalau aku tetap didua 
mana mampu ku tanggung
kalau kata berbelit

mana sayang mahu bercambah
kalau aku sekadar pendamping sunyi

sudah peluang ku beri
tapi hasil tetap bukan aku yang kau puja
sudah peluang lagi ku beri
tapi hasil tetap aku di pertiga kan
sudah peluang lagi sekali ku beri
tapi hasil aku bukan yang kau pilih 

dan aku mundur
kibar kain putih
aku mengalah
terpandang jiwa
sudah berdarah pedih 
kuat hati 
aku jahit sendiri pedih nanti 

seperti balu ditinggalkan uda
aku terus bangun
sudah habis meratap 
masanya aku jadi bunga merah 
bukan zura atau pun nazurah. 
hakikatnya itu tetap aku. 

jadi watak lain
tutup telinga
ubah diri
hilang aku yang becok
timbul aku yang pasif 

sudah jangan tanya 
begini aku akhirnya

HatiBatu,
Bunga Merah.





Thursday 29 May 2014

TAMBAH TOLAK


kebarangkalian
campuran kimia antara hati dan cinta
bakal membawa jawapan negatif kosong

kebarangkalian
campuran kimia antara ikhlas dan reda
bakal membawa jawapan positif diri

maka aku pilih
kebarangkalian ikhlas dan reda
bawa jantung ku tenang

parasit luar nyah kau
hanya perlu cahaya kelip-kelip

takde sudah lompat pagar
cuit perut
tumbuk muka
jeling manja
muncung itik

yang ada
jiwa kosong
mati senyum
hati batu
otak jatuh

ye, aku itu
bukan kamu ini.

HatiBatu,
Bunga Merah.


Thursday 22 May 2014

NOKTAH.


itu noktah aku.
aku yang buat.
maka aku yang akhiri.

terima kasih penipu.

selamat datang alam baru. 

HatiBatu,
Bunga Merah

Wednesday 21 May 2014

MAKA.


kosong minda
berat bahu untuk pikul tugas
satu per satu
jadi...
dua per dua
jadi tiga per tiga

akulah marketing,
akulah admin, akulah p.a,
dan aku jugak lah yang macai.

bangkit dari masa lampau
bangkit dari mamai
bangkit dari lemau

ahhh bangun budak pendek!!
jangan biar diri di takuk lama.
buktikan pada semua yang meng'anjing' kau.
jelingan tajam mereka endahkan

maka,
aku berbakti untuk keluarga ku dan hidup ku.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 20 May 2014

SHOOT FROM THE BACK!

some people they have "GOOD FACE"
to guide and teach you

but be careful...

then if you make mistake
they will shoot you "FROM THE BACK"

HatiBatu, 
Bunga Merah

Monday 19 May 2014

Esok Kan Bahagia.


kesedihan hari ini bisa jadi bahagia
esok hari
walau kadang kenyataan tak selalu seperti apa yang di inginkan

dan ku ikhlaskan segalanya
keyakinan ini membuat ku bertahan

hidup yang ku jalani 
masalah yang ku hadapi 
semua yang terjadi 
pasti ada hikmah nya

kesedihan hari ini bisa jadi bahagia 
esok hari

HatiBatu,
Bunga Merah.

BEBAS

Alhamdulillah...

bebas...

terima kasih.

HatiBatu,
Bunga Merah

Friday 16 May 2014

hari-hari che gu...


Terima kasih CIKGU aka CHE GU

pernah rotan tangan aku
pernah berdiri luar kelas
pernah joget dengan aku
lerai kan aku gaduh dengan budak lelaki
banyak lagi pernahhh...

dan paling legend aku ingat,
cikgu disiplin panggil aku, mengeletar jugak lutut
rupanya cuma mahu order nasi lemak sotong. 

melawan, mengumpat, menyumpah, menjeling adat lah tu
untuk kebaikan hari ini.

ini buktinyaa..jadi manusia aku jugak.

dalam diam, balik sekolah merempit dengan geng-geng ikut laluan belakang.
kalau depan kantoi lah. 
masa tu dah kamcing dengan cikgu dispilin.

belajar bahasa sastera dan teater.
belajar bina teater. 
belajar bina pintu ajaib.
belajar bina ukhuwah dengan sobat
teater cinta. 
paling best siap guna lagu abang mie 'yang terindah'
penat yang melampau.
dan semua galas atas bahu aku.
akhirnya teater cinta mendapat tempat pada penitia. 
usaha kami dan guru bahasa.

Ahhhhh!! banyak kenangan. 

lagi sekali, selamat hari cikgu dan hari-hari cikgu.

HatiBatu, 
Bunga Merah.



KANDA.


kanda yang berjaga bagai burung hantu
dan menganggu aku awal pagi
berchating itu ini.
sibuk bertanya 'feedback' aku
selepas dengar suaranya di corong radio
dan jujur aku bagi tahu apa yang aku rasa.
senang dengan bait-bait lirik ciptaan kanda dan sobat-sobat nya.

bergurau dengan aku
"jangan jatuh cinta dengan penyanyi nya sudah lah"
ha-ha-ha
dan aku tahu, kau dan aku hanya kanda-adinda

seorang kanda menasihati adinda.
seratus kali berpesan dengan aku
"ingat zura budak cantik, jangan percaya orang. jaga diri"
"ingat dik, jaga diri"
ye, aku pernah percaya orang.
dan kali ini, sumpah! percaya pada diri aku sendiri.
tidak mahu pisang berbuah dua kali mahupun beribu kali.

terima kasih kanda.

waktu ini, waktu tidur mu kanda.

HatiBatu,
Bunga Merah.



SEPI

Malam yang sepi. 
ditemani suara-suara cengkerik.
beradu ku yang awal.
bangun ku di tengah pagi.
lagi sekali, unlock Iphone 4 
pejam mata, hayati bait-bait lirik setiap lagu. 
bosan sudah...
unlock Iphone 5s pula.
lirik lain. 
bosan jugak...
tutup lampu,bentang gebar sampai leher.
peluk bantal, niat "saya maafkan semua hari ni"
lena tidur ku..

HatiBatu,
Bunga Merah.

Thursday 15 May 2014

OH BULAN!


ohhh bulan yang sibuk sekali.
kejar itu ini. 
itu semua rezeki aku.
Alhamdulillah.

lepas satu-satu berita gembira aku dapat, dengar dan lihat.
dan senyum sampai ke telinga aku mampu.

betul orang tua kata, 
satu kisah pahit pergi, sepuluh kisah manis datang. 

pahit- curang di belakang. siapa yang tak makan dalam.
sungguh itu hadiah aku dapat. PENIPU. dan aku terima dengan kopi tanpa gula. 

manis- sedang belajar jadi manusia berguna. kumpul harta dan tunggu jejaka luar masuk meminang. 
aku tak peduli cinta lagi. dan siap-siap aku pesan sama mama.
"mama, ada sesiapa mahu pinang. katakan adik setuju" dan aku terima dengan kopi tambah susu pekat manis. 
baik aku belajar mencintai yang satu dan betul2 hak aku.  

manis- lagi, keluar lagi cari pengalaman baru. 
manis- akan bertukar status kerjaya.
ahhh! banyak manis. 

betul, ini tahun cari duit dan tambah pengalaman. tak perlu jaga hati kekasih yang sudah tiada di sisi. 
bina harta sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. untuk diri, keluarga dan masa depan aku. 
seterusnya ke fasa alam berdua. In Shaa Allah jika diizinkan..

dan waktu ini, aku hanya mahu tersenyum dan pura-pura senyum seterusnya senyum sedekah. 

support aku dalam diam. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.



kami.

 
ahhh ! rindu zaman belajar. 
niat hati mana yang tak mahu.
mungkin belum berkesempatan. 

Malam tadi,perjanjian sekelip mata. 
zupzup ! sudah depan mata. 
sobat ku waktu belajar. 
abang-abang yang banyak membantu dolu-dolu. 
jumpa bertentang mata, imbas semula zaman belajar. 
berkongsi itu ini.
sekarang, seorang ahli muzik dan seorang ahli industri hiburan.
bekerjaya masing-masing. 
dan bulan sangat terang malam tadi :) 

mereka yang suka menganggu aku dia laman sosial. 
ada saja cerita, perkongsian untuk diketawa bersama. 
dan at last, ini kami bersama.

terima kasih pada mas jowo treat kami kali ini.
dan kita ada lagi dua pertemuan untuk habis kan treat masing-masing. 
oh ya, terima kasih juga untuk Encik Bulan.
Malam yang indah untuk
dikenang. 

HatiBatu,
Bunga Merah.


Wednesday 14 May 2014

KIMIA HATI DAN JIWA



berkongsi minat yang sama
berkongsi latar belakang musik keroncong
berkongsi bahasa yang unik
berkongsi rasa yang sama  

itu kami berdua. sedang belajar mengenali antara hati dan jiwa.
In Shaa Allah belajar dari mula semula.

terima kasih sang sobat wira. 
bagi aku ruang untuk belajar dan terus belajar. 


HatiBatu,
Bunga Merah. 

Monday 12 May 2014

off to Jakarta



Hampir 10 Hari berada di bumi Indonesia. Jakarta. 
alasan- bekerja dan terus bekerja.
kutip pengalaman di tempat orang.
tutur bahasa, sikap yang jujur. banyak buat aku berfikir perbezaan nilai-nilai murni negara seberang dan negara tumpah tanah air.

bumi yang hampir sama.
jalan raya yang hampir sama.
bangunan yang hampir sama.
alam yang hampir sama.
tiada perbezaan antara dua. 


pemandangan dari bilik aku.
teruja pertama kali berpijak di bumi luar. takut. seronok. bercampur aduk.

niat pada masa itu, kerja. belajar. 
siang yang panjang buat aku lelah. 
terlalu penat mahu menempuh hari-hari. 
tapi aku seronok dikelilingi rakan2 yang sangat tinggi budi bahasa dan hormat. 


"build-up session in progress"
peluh menitik seperti sedang bermandi air hujan. 
penuh sabar 2 hari.
aaaaahhh... capek banget !
pagi buta sudah kerja balik waktu burung hantu berjaga.


Day 1: alhamdulillah. masih kuat untuk tempuh lagi sisa-sisa. 
siang:pameran
malam:dinner di museum bank indonesia

penat tapi masih ikut serta. mahu belajar culture sana.
makan-minum-menu-tuturkata-adab
masih memerhati dan belajar.


Day 2: sudah penat. tapi puas. 
menghitung hari esok hari terakhir.
kaki sudah semakin bengkak, jalan hincut-hincut. masih teruskan. masih berlari. masih menggunakan kudrat 2 kaki. 


Day 3: Last day LabIndonesia 2014 exhibition. 
dan menghitung hari mahu berpisah dengan mereka. sayu. bakal rindu semua. kawan2 baru aku. adab mereka aku tabik.

semoga ketemu lagi kalian2. 
cesa
putry
dewi
tiwi
christi
ade
agung
fajar
nurty
nining
febri
inu
rahmah
mahdaa
laila
ajeng
tyo 
yuki
ibu tita

i will miss you all in my heart ❤️










HatiBatu,
Bunga Merah.

suka.cinta.hormat.kagum.

Menyukai bukan bererti Mencintai,
tetapi Mengkagumi sekaligus Menghormati. 

*pemikir-pemikir songsang ubah lah diri anda* 

dan terima kasih untuk ini. 


Hadiah dari seorang yang ku hormati. sekaligus beliau yang banyak menasihati aku secara personal 
terima kasih Kanda Azmee Abdul Manap a.k.a Daqmie. 
dan aku masih digelar "budak sepet"

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Friday 25 April 2014

ANAK MELAYU KINI.

senja bertukar warna
musik liar bermaharajalela
hilang hormat pada sang maghrib

ya, kesemua anak melayu
depan mata aku.

oh kenapa aku pula yang berasa malu.
mampu melihat dari jauh. 

mana pergi sopan santun anak melayu
tak perlu lama diam sebentar
tabik pada sang alam
amin kan doa

sudah.. tak perlu lama.

joget lah semula wahai anak melayu 
takda siapa nak larang 
melainkan sendiri makan dalam.

Wallahu'alam.

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Monday 21 April 2014

HARI BESAR AKU.


Terima Kasih Ya Allah, bagi aku bernafas lagi.

Hari ini hari besar aku. Genap 21 tahun 21 April.

Sudah besar diri sendiri tetapi ketinggian aku masih seperti darjah enam dahulu. 
 
Selamat Ulangtahun Kelahiran Nazurah Binti Borhani.

Waktu ini, aku hanya mahu kerja keras untuk kelurga dan masa hadapan ku.

Terima Kasih Mama Abah kerana cipta benih anak gadis mu sebegini.

Campuran Banjar Medan Indonesia + Bugis + Keturunan Pak Kaduk +
Bemata Bulat + Rendang 5 kaki + Kulit Sawo + HatiBatu 

Selamat Ulantahun Kelahiran untuk diriku sendiri.

Nazurah Binti Borhani
21 April 1993-2014
21 Tahun -2014
tahun istimewa bagi aku abadikan.
takkan dapat umur ku sama dengan tarikh lahir aku tahun-tahun akan datang.

HatiBatu,
Bunga Merah.

08.58 Am
21 April 2014
21 Tahun



Friday 11 April 2014

do you wanna build snowman?

do you wanna build a snowman 
come on lets go and play
i never see you anymore
come out the door
it's like you've gone away
we used to best buddies 
and now we're not
i wish you would tell me why ! 
do you wanna build snowman? 
it doesn't have to be a snowman...

i love my bestfriend. 
and i miss you a lot buddy ! 
since 12 years old we lost each others.

Thursday 10 April 2014

dua puluh satu...

tik tok tik tok tik tok

masa berjalan
hari berganti

sikit lagi genap aku 21 tahun.

dua puluh satu...
tak ada apa yang perlu dibanggakan.
aku bangga atas usaha aku sendiri.

tak ada party, tak ada apa.
dan aku tak mahu.
cukup aku genap akan datang memadai.

21 tahun... 21 april...
in shaa allah permudahkan usaha aku.
amen.

Wednesday 2 April 2014

MOVE ON.

Alhamdulillah.
aku tenang.
itu keputusan aku.
dalam keadaan tenang aku akhiri semua.

Berbalik pada Pencipta,
aku terima ketentuan takdir.
tetapkan lah pendirian aku.

In Shaa Allah. Amin.

 rabu 02/04/2014 pagi.

Wednesday 26 March 2014

BURUNG GERGASI

bumi gempar
burung gergasi hilang
perih-jerih titik peluh
itu ini
ini itu
cara moden, halus, khurafat
balik pada kejadian asal
tanda soal mana?
dan...
hayat tak panjang
berbelas hari, beratus jam
petanda baru

tapi sayang...
burung gergasi lelah
situasi yang hampir ternoktah
mengharapkan keajaiban bakal diubah
walaupun tipis
masih mengharap
masih mengharap
dan mengharap...

usah dipolitikkan
kerjasama lah semua
berdiam lebih baik dari pura-pura tahu

sayu rasa...
ini kita yang simpati
bagaimana pulak mereka yang betul-betul merasa
hilang anak, hilang suami, hilang ayah, hilang saudara

TABAH untuk MALAYSIA dan DUNIA
#MH370

HatiBatu,
Bunga Merah

Tuesday 25 March 2014

KASIH BUMI.


KASIH BUMI.

- "That its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.
- According to this new data, flight MH370 ended in the Southern India Ocean." Datuk Seri Najib said

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roojiun...


KOTAK HATI.

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi





Friday 21 March 2014

MANUSIA BERTOPENGKAN SERIGALA

bila manusia serigala tabik dada tahu segala-galanya
menasihat manusia lain dengan dalil, ayat-ayat al-quran

bukan salah wahai hamba Allah.
bagus.
tapi cuba tenung diri dahulu.
dosa kita yang sedia ada langsung tak di taubat.
perbaiki diri dulu.
selami setiap ruang agama kita dengan penyesalan masa lampu diri sendiri.

siapkan nasihat, motivasi untuk diri sendiri kita dahulu.
aku sedih tengok manusia sebegini.
kenapa perlu berpura-pura alim depan manusia sekeliling
padahal 2 per 10 tahu belang kamu wahai hamba Allah.

kenapa perlu berpura-pura?
untuk dapat perhatian?
supaya manusia lain tabik dada dengan kau?

cukup.
cukup jadi manusia serigala.
bergerak tempat asal mana lahir nya kau.

aku sedih.
pilu lihat situasi yang jadi ketika ini.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Strange Sun


Strange Sun.

Thank you for bring me back to reality.

-violin
-strange sun
-chair
-partner

HatiBatu,
Bunga Merah

Thursday 20 March 2014

LELAH.

Semalam dah tenang perasaan.
lepak tenung pemandangan hijau.
muhasabah diri sendiri.
In Shaa Allah..
sedang cuba bersikap positif.
sibukkan diri dengan banyak cara.

lama sangat nak tunggu hujung minggu.
hari bekerja yang mendatar buat aku lelah.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Wednesday 19 March 2014

Terima Kasih LELAKI


Terima Kasih.

itu aku mampu ungkap.
sedaya upaya tahan lelehan air mata.

tangan menggigil.
terkedu.
positif kan diri.
ini keputusan dia.
masih lagi hormat.

be positive ! be positive !
jangan menangis budak gila !

itu yang sedang aku buat sekarang.

hari selasa:19.03.2014 pagi.

Terima Kasih LELAKI.
Maka alkisah kau dan aku TAMAT.

-ampun-

HatiBatu,
Bunga Merah.

Friday 14 March 2014

rindu-sayang

tinggi-tinggi gunung kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu

biru-biru hujung kinabalu
tengok dari jauh hati saya rindu

hatiBatu,
Bunga Merah.

Thursday 13 March 2014

BILA SEMUA.

bila sabar dah lenyap
bila menunggu dah letih
bila menangis dah kering
bila telan dah kelat
bila perhati dah kosong
bila rasa dah mati

Jawapannya aku dah mati.
Jawapannya aku yang baru lahir.

dan aku jadi manusia happy
dan aku jadi manusia keras hati
dan aku jadi manusia 'lantak kau'
dan aku jadi manusia tabah
dan aku jadi manusia lupakan kau

ya, ini yang sedang aku belajar hakikat.

HatiBatu,
Bunga Merah.




Tuesday 11 March 2014

6 HARI.

6 hari dah,
kita terputus hubungan,
pasif,
negatif,
kosong,

sebelum ni,
6 hari jugak,
kita sepi.
tengok.
pendam.

berikutnya,
6 hari mungkin,
kita pasrah,
telan,
sakit dada,
perit,
apa akan jadi seterusnya?

HatiBatu, 
Bunga Merah.

PALIT.

sepatah perkataan "SABAR" boleh mengguris hati yang menanggung.
Percaya janji ALLAH.

Wallahu'alam.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Sunday 9 March 2014

Hari Baru.

Hari baru lagi.
Hari yang sama.
Dunia di politik kan.
Dari hal sekecil zarah hingga sebesar gajah.
Sedangkan titanic yang gah pun boleh karam 
Apatah lagi hal yang tak disangka.
Ini semua dah ditulis.
Ada belang yang cuba putar belit dan jadikan isu besar. 
Apa kehe yop?
"Kun fa ya kun"
Kita merancang Tuhan yang menentukan.

Wallahualam.

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Saturday 8 March 2014

Sudah-sudah lah

Cuba kuat, 
Cuba tahan,
Lap mutiara mata,
Degil keluar lagi,
Sudah-sudah lah.

Itu keputusan dia,
Ini keputusan aku,
Dia boleh buat,
Aku boleh buat,
Sudah-sudah lah.

Bila nak berakhir?
Tutup mata,
Tiup jauh bayang adam,
Sudah-sudah lah. 

HatiBatu,
Bunga Merah.

09:03pm sabtu 8/3/14

Friday 7 March 2014

DIAM.

Sekarang kau ambil keputusan "DIAM"
bila kau kata diam kau untuk kebaikan,

kau kena tahu, 
kau telah abaikan satu perasaan.
dan satu hari kau akan sedar betapa ruginya hilang kenangan manis 
dan baru kau sedar kau perlukan dia untuk hidup kau
dan baru kau sedar kau kehilangan dia
dan baru kau sedar kau seorang diri
dan baru kau sedar masa tidak boleh diputar.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 4 March 2014

Aku.


   

Kadang-kadang aku perlu jatuh dan tersungkur untuk sedarkan diri aku sendiri. 
Setiap kali melangkah, 
Apa yang selama ini cuba aku gapai, banyak duri akan aku pijak, banyak batu yang perlu aku kendong.
Semua tu untuk memperlihat sejauh mana kita inginkan dan perjuangkan.
Dan setiap luka baru dijahit pada setiap luka lama.
Yang menceritakan sebuah cerita, pedih dan hitam.

HatiBatu,
Bunga Merah. 

Monday 3 March 2014

REDHA.


Terima. Telan.

tepuk hubungan elok-elok
jangan kibas-kibas
hormat si dia
hormat si aku

aku tunggu kau tepi laut
janji sana.
aku tunggu kau sampai balik.
tapi kau "dont know"
aku duduk bertenggek
rupanya kau dengan sahabat
oh kau dah balik

apa salah aku lagi
diam dari selesai masalah
takkan selesai
ke ada bunga lain lagi mekar ganti bunga merah

kandung kau kata, 
kau tak suka dikongkong
kau tak suka kumbang rapat dengan bunga
kau cemburu

oh begitu belang kau.
takpe, aku tetap tunggu kau 
salam tangan pohon ampun
tapi kau "dont know" lagi

takpe, aku ikat kain putih atas langit
aku mengaku kalah
kau menang

bagaimana tawarnya air di sungai
tawar lagi hati aku untuk kau dah

kalau betul aku untuk kau
kau patut rotan kesalahan aku
bukan lihat dan melulu tuduh

Selamat Tinggal Penipu.
Semoga bahagia dengan cahaya-cahaya cinta baru
Semoga selamat maju jaya untuk seni kau.

HatiBatu, 
Bunga Merah. 


Friday 28 February 2014

Bumi merajuk.

---
Bumi merajuk,
Biotik & Abiotik
Dah tak ada persefahaman,
Kiri kanan gondol kejar pembangunan,

Manusia lidi ketawa puas, 
Bumi bulat sedu menangis,

Bumi merajuk,
Manusia lidi bongkak, 
Datang kemarau, bencana pujuk,
Si bumi merajuk,

Anak-anak lidi jadi mangsa,
Flora fauna senyum pahit.

Bila manusia lidi nak pujuk 
Bumi merajuk ?

HatiBatu,
Bunga Merah.
---

Thursday 27 February 2014

Bahu.




Berat nak tampung ni.
Diam ! 
Biarkan macam ni 5 minit. Jangan bergerak. Tahan.
Sekejap. Nak luahkan beban bagi ringan.
Bagi saya buang habis perasaan.

Untuk awak,
Ye, awak.
Pertama kali kita buka kata bicara.
Saya rasa dah mula suka kan awak. 
Bila awak senyum ke arah saya.
Dalam masa yang sama ada rasa antara kita. 
Saya sayang awak hari ini. 
Saya sayang awak dulu lagi. 
Ye, awak yang saya rindu setiap hari.
Ye, awak yang saya perlu bila saya rasa "down".
Dan ye, saya tinggalkan awak bila kita gagal pegang janji.  
Bila komunikasi antara kita semakin pasif. 
Mohon maaf. Saya sayang awak sepenuh hati.

Dah, turun kan saya. 
Maaf, saya berat. 
Lelah awak kena tahan.
Lepas ni, tak perlu buat lagi.
Tu, sorry buat baju awak basah. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Wednesday 26 February 2014

Hari baik. 
cuaca kemarau.
tengahari. 1.15pm. 
sedap tengah menjamu makan tengahari,
terbantut seketika bila dua orang perempuan "ber" busking di tempat aku makan tadi.
datang setiap meja ke meja. 
aku sepak kaki member sebelah, angkat kepala 'apahal tu?'
angkat bahu sambung suapan semula.

aku perhati mereke berdua.
Rupa ala-ala minah indon,
suara punya besar nyanyi lagu Ainan Tasnim. 
Mak aiih ! tak tertelan nasi. 
tangan mereka ada sekeping kertas dah siap binding. 
'hemm.. apa tu, dia mai dah'

betul. dia datang pulak tawaf meja aku. 
perempuan tu hulur kertas siap binding tadi.
'ooh..derma untuk tolong rumah kebajikan'
'alahai...kesiannya'
member aku ni pun keluarkan dompet keluarkan note hijau rm5.
"nah, ikhlas" punya bangga member aku ni sorang. terpancar ikhlas tu.
"sorry, we don't except rm5. We only received rm10 only"

Tu diaaaa... serta merta aku jadi panas.
aku ambik balik rm5 member aku punya tu, 
aku pun jawab.
"It's okay if you don't want. Thank you!"
member sebelah aku ni tak habis-habis ternganga. macam mintak aku suapkan kaki ayam kat mulut dia tu.
perempuan busking tu terus senyum dan berlalu sambil nyanyi lagu Ella pulak. 
terdetik rasa tak puas hati. Pelik. 

Balik tu, aku terus klik abang Google. 
gotcha !!!!!

Rupanya mereka merupakan orang Filipina. Dilakukan mengikut kumpulan. Busking sambil minta derma adalah trademark untuk menutup salah yang sebenarnya rumah kebajikan tersebut langsung tak wujud. Demand rm10 untuk kepentingan sendiri. Sedang berleluasa di semenanjung. 

Macam-macam dunia sekarang, masih muda, kudrat ada untuk bekerja.
tapi ikut jalan pintas. 
bila jalan pintas, jawapannya akan dapat sepintas jugak tapi sekejap. 

Abah dari kecik didik aku. 
Abah jenis yang berjaga-jaga terlampau.
Jangan bagi duit pada orang tak kenal.
Jangan sembarangan.
Jangan itu... Jangan ini..

Bila aku dah besar panjang, aku mengaku aku sukar percaya dengan manusia-manusia di bawah sindikit. walaupun aku tak tahu.
dan aku sentiasa pegang teguh satu hal.
"derma bila kita rasa betul-betul ikhlas. Bila niat kita berbalik, lupakan. sama jugak kita memberi tapi mengungkit."

HatiBatu, 
Bunga Merah.





Tatabahasa baku.


Sekarang zaman millenium
Zaman stok-stok ikut trend. 
Tipu lah kalau kata aku pun tak ikut trend. 
Tiada dah bahasa baku yang betul-betul baku.  bahasa baku bercampur bahasa pasar ada lah.
Khas dituju kan untuk aku jugak. 
Tapi yang paling mengecewakan bila bahasa malaysia sendiri bertukar bahasa pelat. 
Apa sudah jadi.
Bila dah terlalu short form dan sampai susah kita nak faham.

Contoh-contoh sumbing.
Sayang - yyunk
Tidur- titow
Kita- titew
Saya- cy

Ini yang baru aku nampak seorang. 
Jenuh nak translate untuk faham diri sendiri.
Aku pun bercinta. Tapi selagi boleh guna bahasa biasa yang diajar waktu sekolah tadika. 
a-b-c....z
Bukan
Aeww-beww-ceew...zack

Seronok sebenarnya belajar bahasa baku. 
Cuba try test. 

HatiBatu,
BungaMerah.

Malam tadi.


Entah bila masa mama beradu dengan aku.
Teruk mama batuk. 
Apa yang aku ingat, 
Urut belakang dan perut dia,
Aku tertidur balik.

Panas malam tadi.
Tak semena-mena aku terjaga tapi mata masih terkatup.
Mama peluk aku sambil tangan tepuk-tepuk punggung aku. 
Aku sayu. 
Rindu.
Ahh ! Rasa macam kanak-kanak.
Tak lama aku terjaga buka mata bulat aku. 
Duduk dengan dia bersembang hampir 2 jam sampai pukul 2 pagi. 
Bergosip. Luahan perasaan. Korek cerita lama.

Ye, aku masih tidur dengan mama.
Aku tak malu mengaku. 
Bila aku sakit, mama mesti tidur sebelah.
Bila mama panas, dia mesti masuk bilik aku. Katanya sejuk. 
Bila aku takut, aku ajak mama teman aku tidur. 
Bila kami sedih sama-sama,
Semua benda akan buat sama-sama.
Teringat masa arwah nenek aku meninggal.
Abang aku dengan tugas negara.
Abah aku dengan tugas cari nafkah.
Yang tinggal kami dua beranak dekat rumah.
Terasa-rasa bayang arwah ada dekat rumah. 
Pukul 2 pagi serentak masing-masing terjaga. 
Pergi toilet berteman. Dan time tu menunggu keputusan PLKN. 
Aku mintak mama berdoa supaya gagal dapat masuk PLKN. 
Maklum lah, doa ibu kan mustajab.
Menjadi, ye aku tak dapat PLKN. 
Mama lah orang paling seronok. 

Itu semua secangkir kenangan antara mama dengan aku. 

Aku menguap, mama pun menguap. 
Unlock iphone, klik music.
Letak tepi.
Peluk mama. Tidur balik.


HatiBatu,
Bunga Merah.



Bila harus memilih.

Buntu.
3 tahun lagi. 
3 tahun...
Ye, itu saja masa yang tinggal untuk aku. 

Yang mana perlu aku tinggalkan dan yang mana harus aku pilih.

Tetibe, 2 orang kawan gila-gila kol tanya khabar aku. 
Menitis pulak air mata. 
Ada jugak orang ingat aku. 
Pot pet pot pet , ha ha ha ha
Terima kasih Eg + Syukri. 

Haihhh ! Mengeluh.
Pepagi buta terjaga
Otak kusut dengan itu ini.

Ahh ! Lantak. 
Kita dah besar. 
Dah pandai buat keputusan. 
Tak boleh undur.

Aku pun tak tahu. 
Selamat pagi buta. 
Chawww.

HatiBatu, 
BungaMerah.