Thursday 21 April 2016

21 April 2016

21 APRIL 2016

Injak lagi setahun bumi.

Terima kasih.
Ulangtahun terakhir sebelum seminggu aku akan di ijabkabulkan.
Sebak.
Takut.
Gusar.
Gembira.

Terima Kasih.

Abah Mama
masih ingat
sebak....
Tuhan yang tahu

Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk aku sendiri.
23 Tahun di muka bumi.

HatiBatu,
Bunga Merah

Thursday 24 March 2016

5 MINGGU 3 HARI

5 MINGGU 3 HARI

Semua akan berubah.
Tanggungjawab bertambah.
Pahala dan dosa bersatu.
kehidupan baru.

Mohon dihalalkan cara
dipermudahkan urusan
setiap waktu dan hari

yang lepas tidak perlu dikenang
jadikan pengajaran untuk masa depan
yang akan datang jadikan semangat

jaga nyawa dan hati untuk dia....

HatiBatu,
Bunga Merah

Tuesday 1 March 2016

Kisah Bonda dan Puteri

Kisah Bonda

Bonda sebak tidak lama lagi bakal kehilangan puteri 
Dalam masa yang sama berdebar hati 

Kisah Puteri

Pujuk Bonda, tidak ada apa 
Puteri masih anak bonda 

Pesan Bonda pada Puteri
Beban sudah beralih 
Puteri tahan sebak 
Akui itu 

Berpelukan Berdua 
Mengenang hari akan datang 

Pesan Bonda lagi...
Selamat Berbahagia Anakku....

HatiBatu, 
Bunga Merah 

Thursday 11 February 2016

INJAK SETAHUN BUMI

2016

aku lupa sudah injak lagi setahun bumi
aku leka sampai lupa waktu sudah suntuk

terbeban dengan injak setahun bumi
mahu itu mahu ini
pusing sana pusing sini

meniti hari yang aku rasa terluka
makin ke hadapan
makin berdarah
sudah cuba untuk tersenyum manja
apakan daya hanya ternampakan sisi palsu


HatiBatu,
Bunga Merah