Wednesday 13 August 2014

AL-KISAH MIMPI

Al-kisahnya...

mimpi kucar kacir. 
hati tak tenteram mimpi dalm mimpi.

'dia'
aku gelarkan dia.

dalam mimpi, dia berjumpa dengan dua kematian. 
seorang tidak tahu siapa lelaki tersebut dan seorang lagi abang saudara dia.

bermula cerita. 

dia berjalan dan melihat situasi yang sedang berlaku. 
lelaki misteri itu sudah mahu dikafan tetapi kecoh orang sekeliling. 
ada sesuatu terjadi pada lelaki misteri itu. 
katanya muka lelaki itu bertukar lebam dan mahu membusuk. 
dia hanya dengar dan menjenguk sedikit kepalanya mahu melihat. 
benar, wajah lelaki itu lebam dan bengkak. 

kata seoran tua disitu, itulah balasan pada mereka yang tinggalkan solat. 
lelaki itu memang kerap meninggalkan solat. 
tiba-tiba si dia gentar. terasa sendiri.
'ye macam aku jugak suka tinggal solat' gumam dalam hati dia.
 dia terus berlalu meninggalkan situasi pertama. 

Dia berjalan-jalan lagi tidak ada hala tuju. 
berjumpa pula dengan situasi kedua. 
abang saudara nye meninggal akibat jatuh dalam bilik air. 
begitu senang kematiannya.
keliling jadi sayu, sedih. 
sedang dibacakan yassin. 
dan dia terpandangkan roh abang saudaranya tidak jauh dari dia.
hairan. hanya dia yang dapat melihat. 
dia bertanya, tidak ralat kah dengan kematian nya.
abang saudara dia hanya menggeleng senyum dan terus hilang.

dia berjalan lagi. 
mahu menaiki lif tingkat lima.
hairan. lif hanya lepas hingga tingkat 3. 
sudah banyak kali diulang naik. tetap berhenti di tingkat 3. 
apa sudah jadi?
dia bergegas mencari jalan pintas. 
masih tidak dpat ke tingkat 5. 
dia sudah penat.
dan menggangap itu suatu petanda  untuk diri dia sendiri.
tapi dia tidak tahu apakah mimpi itu hanya dogengan ataupun membawa maksud yang tersirat. 

Wallhua'alam.

HatiBatu, 
Bunga Merah. 



HARI RAYA 2014

sempat lagi tak nak ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri"??

tak habis raya lagi kan.
blog bersawang. lama tak dibelai.

selamat hari raya.
maaf zahir batin.
raya ni cukup ala kadar.
sepasang baju lama dah memadai.
alah baru pakai sekali.
apa dehal.

Alhamdulillah ada rezeki lebih.
untuk mama abah dan bakal Incik Tunang.

sibuk dengan itu ini. beribu riban lah wang keluar bagai air
takpe untuk kepuasan diri sendiri.
yang mana perlu jimat kos kita cuba.

raya tahun ni apa yang special??
seronok dapat beraya dengan saudara-mara.
seperti biasa berjauhan dengan dia.
makan, makan dan makan. jenuh lah.

tahun ni agak berlainan.
beraya dengan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah.
berjumpa semula setelah sekian lama.
konvoi raya 6/7 buah kereta.
berkayak sampai lenguh.
hahhhh ! gembira.

bawa rendang ayam dan nasi impit segera ke ofis.
habis licin.
takpe kita consider hari raya.

Selamat Berjumpa lagi Hari Raya 2015.
Ampun maaf salah laku.

HatiBatu,
Bunga Merah.




Tuesday 12 August 2014

12.08.2014 MANUSIA ITU INI


kita yang diam
jangan sangka orang tak mengata
kita yang bising
jangan sangka orang suka
kita yang baik
jangan sangka orang tak kata kita sebaliknya
rencah manusia.

roda berputar
ini waktu kita
pendam
tolak kapas dalam telinga
waktu kamu nanti
lihat dan rasa
karma rupanya


HatiBatu,
Bunga Merah.