Friday 30 May 2014

BUNGA MERAH


hidup aku
berubah dikit-dikit pasif 
bawa aku 
belajar menghormati
alam sekeliling supaya
jangan galak tunjuk
diri aku yang lemah 
pada air mata 
tapi itu ternampakkan dulu

mana hati mahu tukar besi 
kalau rasa tidak boleh tipu
mana sakit mahu dipendam 
kalau sudah tertipu

mana kasih mahu disambung
kalau aku tetap didua 
mana mampu ku tanggung
kalau kata berbelit

mana sayang mahu bercambah
kalau aku sekadar pendamping sunyi

sudah peluang ku beri
tapi hasil tetap bukan aku yang kau puja
sudah peluang lagi ku beri
tapi hasil tetap aku di pertiga kan
sudah peluang lagi sekali ku beri
tapi hasil aku bukan yang kau pilih 

dan aku mundur
kibar kain putih
aku mengalah
terpandang jiwa
sudah berdarah pedih 
kuat hati 
aku jahit sendiri pedih nanti 

seperti balu ditinggalkan uda
aku terus bangun
sudah habis meratap 
masanya aku jadi bunga merah 
bukan zura atau pun nazurah. 
hakikatnya itu tetap aku. 

jadi watak lain
tutup telinga
ubah diri
hilang aku yang becok
timbul aku yang pasif 

sudah jangan tanya 
begini aku akhirnya

HatiBatu,
Bunga Merah.





Thursday 29 May 2014

TAMBAH TOLAK


kebarangkalian
campuran kimia antara hati dan cinta
bakal membawa jawapan negatif kosong

kebarangkalian
campuran kimia antara ikhlas dan reda
bakal membawa jawapan positif diri

maka aku pilih
kebarangkalian ikhlas dan reda
bawa jantung ku tenang

parasit luar nyah kau
hanya perlu cahaya kelip-kelip

takde sudah lompat pagar
cuit perut
tumbuk muka
jeling manja
muncung itik

yang ada
jiwa kosong
mati senyum
hati batu
otak jatuh

ye, aku itu
bukan kamu ini.

HatiBatu,
Bunga Merah.


Thursday 22 May 2014

NOKTAH.


itu noktah aku.
aku yang buat.
maka aku yang akhiri.

terima kasih penipu.

selamat datang alam baru. 

HatiBatu,
Bunga Merah

Wednesday 21 May 2014

MAKA.


kosong minda
berat bahu untuk pikul tugas
satu per satu
jadi...
dua per dua
jadi tiga per tiga

akulah marketing,
akulah admin, akulah p.a,
dan aku jugak lah yang macai.

bangkit dari masa lampau
bangkit dari mamai
bangkit dari lemau

ahhh bangun budak pendek!!
jangan biar diri di takuk lama.
buktikan pada semua yang meng'anjing' kau.
jelingan tajam mereka endahkan

maka,
aku berbakti untuk keluarga ku dan hidup ku.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 20 May 2014

SHOOT FROM THE BACK!

some people they have "GOOD FACE"
to guide and teach you

but be careful...

then if you make mistake
they will shoot you "FROM THE BACK"

HatiBatu, 
Bunga Merah

Monday 19 May 2014

Esok Kan Bahagia.


kesedihan hari ini bisa jadi bahagia
esok hari
walau kadang kenyataan tak selalu seperti apa yang di inginkan

dan ku ikhlaskan segalanya
keyakinan ini membuat ku bertahan

hidup yang ku jalani 
masalah yang ku hadapi 
semua yang terjadi 
pasti ada hikmah nya

kesedihan hari ini bisa jadi bahagia 
esok hari

HatiBatu,
Bunga Merah.

BEBAS

Alhamdulillah...

bebas...

terima kasih.

HatiBatu,
Bunga Merah

Friday 16 May 2014

hari-hari che gu...


Terima kasih CIKGU aka CHE GU

pernah rotan tangan aku
pernah berdiri luar kelas
pernah joget dengan aku
lerai kan aku gaduh dengan budak lelaki
banyak lagi pernahhh...

dan paling legend aku ingat,
cikgu disiplin panggil aku, mengeletar jugak lutut
rupanya cuma mahu order nasi lemak sotong. 

melawan, mengumpat, menyumpah, menjeling adat lah tu
untuk kebaikan hari ini.

ini buktinyaa..jadi manusia aku jugak.

dalam diam, balik sekolah merempit dengan geng-geng ikut laluan belakang.
kalau depan kantoi lah. 
masa tu dah kamcing dengan cikgu dispilin.

belajar bahasa sastera dan teater.
belajar bina teater. 
belajar bina pintu ajaib.
belajar bina ukhuwah dengan sobat
teater cinta. 
paling best siap guna lagu abang mie 'yang terindah'
penat yang melampau.
dan semua galas atas bahu aku.
akhirnya teater cinta mendapat tempat pada penitia. 
usaha kami dan guru bahasa.

Ahhhhh!! banyak kenangan. 

lagi sekali, selamat hari cikgu dan hari-hari cikgu.

HatiBatu, 
Bunga Merah.



KANDA.


kanda yang berjaga bagai burung hantu
dan menganggu aku awal pagi
berchating itu ini.
sibuk bertanya 'feedback' aku
selepas dengar suaranya di corong radio
dan jujur aku bagi tahu apa yang aku rasa.
senang dengan bait-bait lirik ciptaan kanda dan sobat-sobat nya.

bergurau dengan aku
"jangan jatuh cinta dengan penyanyi nya sudah lah"
ha-ha-ha
dan aku tahu, kau dan aku hanya kanda-adinda

seorang kanda menasihati adinda.
seratus kali berpesan dengan aku
"ingat zura budak cantik, jangan percaya orang. jaga diri"
"ingat dik, jaga diri"
ye, aku pernah percaya orang.
dan kali ini, sumpah! percaya pada diri aku sendiri.
tidak mahu pisang berbuah dua kali mahupun beribu kali.

terima kasih kanda.

waktu ini, waktu tidur mu kanda.

HatiBatu,
Bunga Merah.



SEPI

Malam yang sepi. 
ditemani suara-suara cengkerik.
beradu ku yang awal.
bangun ku di tengah pagi.
lagi sekali, unlock Iphone 4 
pejam mata, hayati bait-bait lirik setiap lagu. 
bosan sudah...
unlock Iphone 5s pula.
lirik lain. 
bosan jugak...
tutup lampu,bentang gebar sampai leher.
peluk bantal, niat "saya maafkan semua hari ni"
lena tidur ku..

HatiBatu,
Bunga Merah.

Thursday 15 May 2014

OH BULAN!


ohhh bulan yang sibuk sekali.
kejar itu ini. 
itu semua rezeki aku.
Alhamdulillah.

lepas satu-satu berita gembira aku dapat, dengar dan lihat.
dan senyum sampai ke telinga aku mampu.

betul orang tua kata, 
satu kisah pahit pergi, sepuluh kisah manis datang. 

pahit- curang di belakang. siapa yang tak makan dalam.
sungguh itu hadiah aku dapat. PENIPU. dan aku terima dengan kopi tanpa gula. 

manis- sedang belajar jadi manusia berguna. kumpul harta dan tunggu jejaka luar masuk meminang. 
aku tak peduli cinta lagi. dan siap-siap aku pesan sama mama.
"mama, ada sesiapa mahu pinang. katakan adik setuju" dan aku terima dengan kopi tambah susu pekat manis. 
baik aku belajar mencintai yang satu dan betul2 hak aku.  

manis- lagi, keluar lagi cari pengalaman baru. 
manis- akan bertukar status kerjaya.
ahhh! banyak manis. 

betul, ini tahun cari duit dan tambah pengalaman. tak perlu jaga hati kekasih yang sudah tiada di sisi. 
bina harta sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. untuk diri, keluarga dan masa depan aku. 
seterusnya ke fasa alam berdua. In Shaa Allah jika diizinkan..

dan waktu ini, aku hanya mahu tersenyum dan pura-pura senyum seterusnya senyum sedekah. 

support aku dalam diam. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.



kami.

 
ahhh ! rindu zaman belajar. 
niat hati mana yang tak mahu.
mungkin belum berkesempatan. 

Malam tadi,perjanjian sekelip mata. 
zupzup ! sudah depan mata. 
sobat ku waktu belajar. 
abang-abang yang banyak membantu dolu-dolu. 
jumpa bertentang mata, imbas semula zaman belajar. 
berkongsi itu ini.
sekarang, seorang ahli muzik dan seorang ahli industri hiburan.
bekerjaya masing-masing. 
dan bulan sangat terang malam tadi :) 

mereka yang suka menganggu aku dia laman sosial. 
ada saja cerita, perkongsian untuk diketawa bersama. 
dan at last, ini kami bersama.

terima kasih pada mas jowo treat kami kali ini.
dan kita ada lagi dua pertemuan untuk habis kan treat masing-masing. 
oh ya, terima kasih juga untuk Encik Bulan.
Malam yang indah untuk
dikenang. 

HatiBatu,
Bunga Merah.


Wednesday 14 May 2014

KIMIA HATI DAN JIWA



berkongsi minat yang sama
berkongsi latar belakang musik keroncong
berkongsi bahasa yang unik
berkongsi rasa yang sama  

itu kami berdua. sedang belajar mengenali antara hati dan jiwa.
In Shaa Allah belajar dari mula semula.

terima kasih sang sobat wira. 
bagi aku ruang untuk belajar dan terus belajar. 


HatiBatu,
Bunga Merah. 

Monday 12 May 2014

off to Jakarta



Hampir 10 Hari berada di bumi Indonesia. Jakarta. 
alasan- bekerja dan terus bekerja.
kutip pengalaman di tempat orang.
tutur bahasa, sikap yang jujur. banyak buat aku berfikir perbezaan nilai-nilai murni negara seberang dan negara tumpah tanah air.

bumi yang hampir sama.
jalan raya yang hampir sama.
bangunan yang hampir sama.
alam yang hampir sama.
tiada perbezaan antara dua. 


pemandangan dari bilik aku.
teruja pertama kali berpijak di bumi luar. takut. seronok. bercampur aduk.

niat pada masa itu, kerja. belajar. 
siang yang panjang buat aku lelah. 
terlalu penat mahu menempuh hari-hari. 
tapi aku seronok dikelilingi rakan2 yang sangat tinggi budi bahasa dan hormat. 


"build-up session in progress"
peluh menitik seperti sedang bermandi air hujan. 
penuh sabar 2 hari.
aaaaahhh... capek banget !
pagi buta sudah kerja balik waktu burung hantu berjaga.


Day 1: alhamdulillah. masih kuat untuk tempuh lagi sisa-sisa. 
siang:pameran
malam:dinner di museum bank indonesia

penat tapi masih ikut serta. mahu belajar culture sana.
makan-minum-menu-tuturkata-adab
masih memerhati dan belajar.


Day 2: sudah penat. tapi puas. 
menghitung hari esok hari terakhir.
kaki sudah semakin bengkak, jalan hincut-hincut. masih teruskan. masih berlari. masih menggunakan kudrat 2 kaki. 


Day 3: Last day LabIndonesia 2014 exhibition. 
dan menghitung hari mahu berpisah dengan mereka. sayu. bakal rindu semua. kawan2 baru aku. adab mereka aku tabik.

semoga ketemu lagi kalian2. 
cesa
putry
dewi
tiwi
christi
ade
agung
fajar
nurty
nining
febri
inu
rahmah
mahdaa
laila
ajeng
tyo 
yuki
ibu tita

i will miss you all in my heart ❤️










HatiBatu,
Bunga Merah.

suka.cinta.hormat.kagum.

Menyukai bukan bererti Mencintai,
tetapi Mengkagumi sekaligus Menghormati. 

*pemikir-pemikir songsang ubah lah diri anda* 

dan terima kasih untuk ini. 


Hadiah dari seorang yang ku hormati. sekaligus beliau yang banyak menasihati aku secara personal 
terima kasih Kanda Azmee Abdul Manap a.k.a Daqmie. 
dan aku masih digelar "budak sepet"

HatiBatu, 
Bunga Merah.