Wednesday 25 November 2015

TERKILAN


Betul lah orang kata...

waktu kita susah memang tak ada orang nak tolong 
waktu kita senang berduyun orang datang 

tak ada siapa nak tolong kita 
melainkan orang yang betul-betul fahami
apa yang kita rasa 

tapi bila orang dalam kesusahan 
hati kita pula yang sedih 
dan rasa menolong orang sesuatu rasa yang puas 

rasa terkilan sudah semesti 
ibarat ambil madu sepah dibuang 

rasa tidak mahu menolong orang 
sebab akhirnya sendiri yang akan terkontang-kanting 

ada sesiapa yang mengerti? 

maaf lah memang tak ada kan?

zaman sekarang main "token"
ada "token" baru kerja nak jalan 

manusia.....

dah lah tau fikir
sebab waktu ini 
aku betul-betul terkilan ya rabbi...

HatiBatu,
Bunga Merah


Thursday 23 July 2015

21 Julai 2015

21 Julai 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran Fiancee
Semoga dimurahkan rezeki 
Dipanjangkan umur 
Dipermudahkan urusan

Doa yang baik-baik untuk kita 
Belajar bersederhana berdua
Biar lelah bersama 
Permulaan hidup 

lagi sekali...

Happy Birthday Cinta Hati...

HatiBatu,
Bunga Merah 

Monday 13 July 2015

Si Merah Si Hitam


Detik waktu untuk disatukan sangat lah memeritkan.
terlalu panjang langkah mahu digapai.
terlalu banyak dugaan hidup.

berdua masih sabar.
berdua masih kukuh.
beruda masih nekad.
berdua masih menunggu.
berdua masih tersenyum.
berdua masih bahagia begini.

betul.
ada hikmah disebalik kejadian.
bersabar.
Tuhan Maha Adil.

Si Bunga yang Merah.
Si Kumbang yang Hitam.

Si Aku yang panas.
Si Dia yang sejuk.

Si Aku yang merajuk.
Si Dia yang pujuk.

Si Dia yang muncung.
Si Aku yang senyum.

Si Aku yang kasar.
Si Dia penenang.

Kuncinya,
berdua itu bahagia.
biar lambat asal bahagia.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Monday 6 July 2015

WAHAI HATI

Tekanan.
Itu yang aku rasa kini.

Terkilan.
Itu yang aku dapat.

Aku tak suka situasi ini sekarang.
Berpura-pura.
dalam hati sakit.

serabut.
rupanya ada kaki tikam di belakang.
mempergunakan kebaikan aku untuk kesenangan dia.

adakah ini pun dipanggil politik kerja?

bersabarlah wahai hati
pupuk diri untuk menelan.
walaupun sakit.
walaupun pahit.

bersabalah kunci yang tepat.

HatiBatu,
Bunga Merah.


Thursday 2 July 2015

ORANG LIDI

politik
tak pernah habis cerita
banyak cabang
banyak kisah

politik tempat kerja
semua sama
cuma terlebih dan ada terkurang

penat layan ragam orang lidi
baik warna kulit
mahupun bangsa
semua sama

penat mahu layan wehh
mahu hilang sabar
ingat! bulan puasa ni

lantak lah !

HatiBatu,
Bunga Merah

Tuesday 30 June 2015

SEPATAH DUA


Cabaran yang semakin mencabar
belajar erti dewasa
hanya semata-mata untuk masa depan
biar diikat perut waktu sekarang
kelak sudah ucap alhamdulillah sambil tersenyum

bangga atas pencapaian sendiri
ambil risiko
tidak duduk di zon selesa
semakin tercabar
semakin kuat

percaya di sebalik awal merangkak
lambat laun berlari pantas

buktinya sudah harta yang dapat ku kumpul
pergi ke langkah seterusnya

biar orang mengata
hati walaupun sakit
apa boleh buat
telan dan hadam

satu hari aku pulak yang senyum
lihat manusia dibaling karma
urusan kamu dan Dia

siapa tidak mahu hidup senang
pokoknya belajar dari bawah
hidup dengan selesa pun sudah memadai untuk golongan yang tahu bersyukur
bukan mengomel

duit selonggok
tapi bongkak
tak guna.

HatiBatu,
Bunga Merah

Friday 5 June 2015

Tempat Baru.


3 hari di tempat baru. 
menyesuaikan diri. 
alhamdulillah.
belajar pengalaman baru. 
industri baru. 
kawan baru. 


Tuesday 5 May 2015

BERAT HATI


berat hati.
tetapi kena tempuh juga.
berat hati.
tetapi kena melangkah juga.
berat hati.
tetapi kena ke depan juga.
berat hati.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 21 April 2015

UlangTahun Bunga Merah


21 April 1993-2015

dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan 
dicepatkan kahwin
semoga diberkati oleh Allah SWT
Selamat Ulangtahun Kelahiran diri sendiri.

Pada semua terima kasih
Mudah-mudahan yang terbaik. 
Terima kasih mama abah
Terima kasih tunang yang setia
Terima kasih sahabat rapat-renggang
Terima kasih darah daging
Terima kasih yang mengingati.

Genap 22 tahun. Satu tahun lagi menginjak.
kedut di muka makin bertambah
lingkaran hitam makin ketara
senyum manis tak ku lupa
hadiah untuk semua.

Terima Kasih. 
Dari Bunga Merah.

HatiBatu, 
Bunga Merah 

Friday 17 April 2015

ITULAH MANUSIA

manusia tak cekal mana
cepat lelah
dan cepat terpengaruh
itulah manusia

digoda dengan 9 nafsu
tak fikir apa
terus tumbang
itulah manusia

terbangak-bangak
cari punca
siapa? siapa?
tunding jari atas dahi sendiri
kau lah manusia itu

HatiBatu,
Bunga Merah


Monday 16 March 2015

RINDU SAHABAT

Rindu Sahabat !

3 Bulan siang yang berhadapan.
celoteh itu ini.
serius aku rindu.
3 bulan jadikan kenangan.
bekerjasama dengan baik.
kerja yang bagus sahabat.

aku rindu nak bancuh air sama-sama.
aku rindu nak makan sama-sama dengan kau.
aku rindu nak ketawa dengan kau.

rasa bagai semalam kita tersenyum.
aku pandang kerusi kau.
terbayang muka kau selenga kau.
terdengar klik tetikus kau buat kerja.
rindu kau bertanya "hari ni nak makan mana?"

haihhhh ! rindu kau lah sahabat.
3 bulan luang masa yang panjang.
walhal kita kenal dari zaman hingus.
keakraban kita bukan makin lama makin hilang.
makin erat makin kukuh.

aku doakan semoga kau success dalam kerjaya baru.
sayang kau !

HatiBatu,
Bunga Merah.



Tuesday 10 March 2015

SAYU


Kita alpa dengan rasa sendiri
Masih terumbang-ambing
Mencari jalan pengakhiran
Masih mencari

Manusia lain takkan faham
Hanya melihat dan keputusan membuta tuli

Sayu hati dipaksa
Sayu hati menerima
Sayu hati untuk diteruskan

Tiada siapa faham
Canang lah pada 10 manusia
Tiada satu pun dapat rasa pedihnya hati menanggung

Dan kita lupa suatu benda
Manusia ini bertopengkan serigala jadian
Tiada yang ikhlas
Hanya boneka melepaskan lelah
Puas hati dicanang semula

Hati Batu,
Bunga Merah.

Tuesday 27 January 2015

JATUH CINTA !


Jatuh cinta dengan keunikan adat tradisi melayu sendiri
senyum dan senyum

dibuai keenakkan bunyi seruling
hai lahh melayu tak hilang di dunia 

HatiBatu, 
Bunga Merah 

Friday 23 January 2015

DIKALA ITU KAU MASIH DITAKUK LAMA


BINGO!

bila buku bertemu ruas. 
hanya boleh susun kata. 
'PEMBALASAN KARMA'

zaman lampau.
kau boleh riak tabik dada.
bermain emosi kaum lemah. 
pandai lakonan. 

waktu ini. 
kau masih dengan permainan lama. 
tapi kau alpa.
yang lemah terus bangkit.
masa berputar. 

aku hanya tersenyum melihat. 
permainan kau dan permainan dia. 

dikala aku bangkit
dikala itu kau masih ditakuk lama. 

sekian. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.