Monday 30 June 2014

YE, KITA KAWAN.


ye,
kita kawan.

salam sebagai kawan.

perit.

takdir kata ya.

jangan melawan.

hati kata mahu.

pikir ada hati akan terluka.

tabah. tekad.

masih sayang.

apakan daya.

nota ternoktah sini.

ye,
kita kawan.

bukan lagi musuh.

tiada lagi lari-lari.

terima.

HatiBatu,
Bunga Merah.


Thursday 26 June 2014

LEMBAH BERWARNA


mahu kemana kaki
hari mendung
taufan berteriak
mata melilau

mana insan Tuhan
cipta lembah berwarna
melukis sejarah
nota berdua

HatiBatu,
Bunga Merah

Wednesday 25 June 2014

HARI TUA KAU.


Selamat Ulangtahun Kelahiran 23.

semoga jadi anak yang baik.
25 june.

semoga berubah sikap baru.
untuk masa depan sendiri.
bukan untuk orang lain.

jangan terus jadi pembohong.
takut termakan diri satu hari.

lagi sekali.

Selamat Ulangtahun Kelahiran 23.


HatiBatu,
Bunga Merah.

Monday 23 June 2014

DOLU.


dolu.
pernah ada rasa mahu berpaling tadah jantina
berseluar panjang dan t-shirt bodoh
rambut atas leher

mana tak cenggitu
dibesarkan sekeliling lelaki
panjat pokok
tumbuk muka
jalan kasar
lagi-lagi abah
pantang aku pakai kain
dan-dan minta aku tukar
siapa treat siapa ni.

12 tahun.
aku mula segan dedah rambut bila keluar
(sekarang tak ada lah alim mana, bogel jugak kepala) 
segan tu ada. tak banyak sikit.
pakai hijab buka tutup.
suka hati aku lah time tu.

berginjak usia belasan 
sudah sedap hijad di kepala
pakaian masih sama
seluar dan tshirt

16 tahun
kena pedas daripada arwah nenek
sudah besar tapi tak reti pakai kain batik
belajar pakai kain
bagaimana nanti bila dah berumah tangga
time tu pekak telinga 
tangan tunding arah abah
tu..penyebab aku zero ikat kain.

17 tahun
arwah nenek pergi tanggal bulan 5
rasa sedar ada 
rugi nya tak reti ikat kain batik
jinak-jinak gaya perempuan
skirt labuh berbunga, blous feminin
dan jatuh cinta dengan gaya baru

21 tahun
ye, aku sekarang
masih londeh pakai kain batik
bebal asyik mahu lucut
tapi stok-stok pakaian penuh dengan gaya perempuan
nafsu sembilan bercabang
pantang nampak dress mesti rembat satu

itulah perempuan...
ye perempuan...
kaki diskaun terlebih.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Sunday 22 June 2014

My day.


terima kasih.
keluarga. kekasih. sobat.
hari ini hari besar aku. 
21.jun.2014 
selamat hari konvokesyen untuk sendiri. 
puas. 




3 tahun.
drama king queen.
lumrah.
hadap semua. 
tamat hari ini.


lagi sekali.
untuk aku. 
terima kasih diri sendiri. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.


Thursday 19 June 2014

FIANCEE TO BE


fiancee to be..

bunyi macam dekat
tapi nak sampai ke "to be"
ambik masa
persiapan zahir batin
sudah cukup?
separuh belum tentu

sudah dirisik antara dia dan bonda
nakal disitu
kedip-kedip mata
cerna otak
terlalu muda
tapi...

fikir ku tanggungjawab
antara anak dah keluarga
antara aku dan dia
antara aku dan diri

keluarga on aje
aku off aje
alahai...
ikut kan rasa siapa yang tak nak
ikut kan karier berbelah bagi

InShaaAllah
mungkin ada hikmah antara awal dam lambat.

HatiBatu,
Bunga Merah.


KALAU LAH...


kalau masa boleh diputar.
kalau lah...
mustahil berlaku.
ayat cliche anak-anak sekarang.
termasuk aku.
kalau lah...

tapi
manusia tiada yang sempurna waima sedikit.
hanya mampu insaf diri.

YaAllah.
YaAllah.
YaAllah.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Monday 16 June 2014

AKU PILIH PERMATA.



buat apa mahu lepaskan seseorang yang titik peluh sama dengan kita.
buat apa mahu simpan seseorang yang tikam belakang kita.

bodoh!
bodoh!

intan permata depan mata.
kaca juga yang jadi pilihan.

itu tragedi dulu.
betul kata orang.

kalau tak jadi macam ni kita tak tahu dunia.
satu pengajaraan untuk diri sendiri untuk lebih hati-hati.

dan itulah yang jadi.
aku hanya senyum.
tak ada rasa untuk menyesal.
hakikat.
terima.
cipta rasa baru.

HatiBatu,
Bunga Merah.



UNTUK AKU


ikhtiar untuk diri.
aku itu.
mula mengeluarkan fikiran di luar kotak.

bagaimana itu bagaimana ini.
bertanya sifu.
belajar dari bawah semula.

garu kepala.
muntah darah dibuatnya.
pelan-pelan.
tiada siapa senang untuk capai sesuatu.

biar rabak sekarang.
jangan rabak nanti.
biar lelah sekarang.
jangan mengeluh nanti.

moga berjaya.
martabatkan seni dalam kamus aku.

moga berjaya.
usaha 4 kerat team aku nanti.

moga berjaya semuanya nanti.
ameen.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Friday 13 June 2014

TUAN PUTERI


macam lalang
tiup angin
bergerak lembut kiri kanan 

macam itu si tuan puteri
terumbang-ambing
pitam dengan hala tuju

mahu langkah mana
zahir batin
jiwa tersiat
luaran paksa 

mana satu mahu pakai topeng hari ini?
yang ceria kah?
yang sayu kah?
yang tiada perasaan kah?
yang pura-pura kah?

pilihan si tuan puteri
entah
tiada hala tuju

macam lalang jadinya
bertiup lembut

tiada siapa tahu 
luka berdarah lama
sampai kering 

berlagak seolah-olah tiada apa
itu saja tuan puteri mampu

HatiBatu,
Bunga Merah










PENYUDAH NYA...

tamak haloba
kurang kasih sayang
taksub duniawi 
ini penyudah nya...

dayus

satu ayat pelengkap

berubah lah kawan ku
satu hari nanti 
kau yang merana

tiada sisa-sisa 
punca bahu sendiri

semoga Tuhan laknat kata-kata bongkak kau. 

sekian.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Wednesday 11 June 2014

PERIT

perit itu yang rasa
sakit itu kita juga
buat apa mahu tikam diri
andai orang tak sudi

manusia serigala berdekah-dekah rejam
kita semakin sayu tunduk bumi
buat apa mahu dikenang

bangun.
tanam niat
bodoh tikam diri
fikir bijak bukan ada satu
tapi sekeliling kita
salah satu dia yang dipilih
malaikat pimpin kita

cukup.

HatiBatu,
Bunga Merah










Tuesday 10 June 2014

SIAPA KAU ?


siapa kau?
datang tak diundang 
tiada manis kata 
kau masuk kaki kiri

terpingga
aku kenal kau?
kita kawan lama?
atau kau duga aku?

rumah aku cara aku 
peraturan aku diri aku 

datang cara baik
aku sambut dengan manisan senyum bibir 
cuba jadi wira gagah 
kalau itu kau mahu
kenalkan diri kau


HatiBatu,
Bunga Merah

Wednesday 4 June 2014

MERAH PEREMPUAN


perempuan,
kalau datang merah
itu ini tak kena
puting beliung boleh jadi

emosi,
jangan kata
haru biru
macam warna boleh tukar

rasa nak tidur
renggang otot
hadap kipas
sapu minyak panas
peluk bantal hensem
tarik gebar luas

haiii...
ambik cuti lagi.
lantak!

pejam mata
angan tak sudah
senyum sumbing 

iphong pi main jauh-jauh
nak mimpi bakal encik abang ni

HatiBatu, 
Bunga Merah.

Tuesday 3 June 2014

DUDE



Dude,
hilang hormat aku
lembut aku kau nampak
kasar aku belum lagi

Tunggu
kau main gila
aku balas gila
kau main kotor
satu hari aku balas kotor

belajar hormat perasaan perempuan.

HatiBatu,
Bunga Merah.


BULAN-MINGGU


bulan ini
bulan enam
bulan makan minggu-minggu aku

menghitung hari
jalan bersama dua kaki
mabuk jalan
tahan
tak lama sampai jugak

dari negeri cik siti wan kembang
terus ke negara sawadikap
menghitung hari

hoi mana masa untuk diri aku
lepak seharian mentelaah buku tebal
hobi manja aku yang sudah jarang

rindu...
rindu semua...
deep.

HatiBatu,
Bunga Merah





Monday 2 June 2014

PESANAN.


pesanan.

pupuk diri untuk cinta diri
jangan bunuh diri untuk diri
fikir diri untuk diri
sayang diri untuk diri

jangan terlalu taksub dengan kerja
kelak makan tua
jangan terlalu pentingkan dunia
kelak makan dalam

bila sedar,
rupa banyak sudah tertinggal zaman
mana masa anak beranak
mana masa dengan yang sayang

kedip mata...panas
ada sesal
puas hati?
ronok-ronok dengan kerja?
tua kau tak ada sapa peduli
anak beranak malah kawan kerja kau dulu tak ada

kerana...
anak beranak sudah penat
berjalan dengan sendiri
alasan kau "kerja"
dah sudah lali
bye-bye.

eh cop! mana kawan kerja kau?
ohh, waktu guna kau sudah tamat tempoh
cuba tumbuk dada sekali.
apa rasa?
entah.

HatiBatu,
Bunga Merah