Monday 23 April 2018

23 april 2018



Berhabuk
Sawang makin tebal
aku datang balik di sini
bagi aku ruang dalam sudut ini
mengeluarkan air mata
tertahan hampir tak ditahan

tak mintak jadi seperti orang lain
tak perlu ikut seperti orang lain
cukup kau memahami aku sudah
persetan kan dengan harta duniawi
aku bukan meminta
jauh sekali memasak

salah kah permintaan aku?
agar kau faham aku?
lelah aku?
sakit aku?
pedih aku?

tak.

aku tak rasa.

penyudahnya aku pendam.

sampai mungkin aku tawar.

kekuatan aku ada disamping aku
hidup aku kerana kekuatan aku


HatiBatu,

Bunga Merah

Thursday 21 April 2016

21 April 2016

21 APRIL 2016

Injak lagi setahun bumi.

Terima kasih.
Ulangtahun terakhir sebelum seminggu aku akan di ijabkabulkan.
Sebak.
Takut.
Gusar.
Gembira.

Terima Kasih.

Abah Mama
masih ingat
sebak....
Tuhan yang tahu

Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk aku sendiri.
23 Tahun di muka bumi.

HatiBatu,
Bunga Merah

Thursday 24 March 2016

5 MINGGU 3 HARI

5 MINGGU 3 HARI

Semua akan berubah.
Tanggungjawab bertambah.
Pahala dan dosa bersatu.
kehidupan baru.

Mohon dihalalkan cara
dipermudahkan urusan
setiap waktu dan hari

yang lepas tidak perlu dikenang
jadikan pengajaran untuk masa depan
yang akan datang jadikan semangat

jaga nyawa dan hati untuk dia....

HatiBatu,
Bunga Merah

Tuesday 1 March 2016

Kisah Bonda dan Puteri

Kisah Bonda

Bonda sebak tidak lama lagi bakal kehilangan puteri 
Dalam masa yang sama berdebar hati 

Kisah Puteri

Pujuk Bonda, tidak ada apa 
Puteri masih anak bonda 

Pesan Bonda pada Puteri
Beban sudah beralih 
Puteri tahan sebak 
Akui itu 

Berpelukan Berdua 
Mengenang hari akan datang 

Pesan Bonda lagi...
Selamat Berbahagia Anakku....

HatiBatu, 
Bunga Merah 

Thursday 11 February 2016

INJAK SETAHUN BUMI

2016

aku lupa sudah injak lagi setahun bumi
aku leka sampai lupa waktu sudah suntuk

terbeban dengan injak setahun bumi
mahu itu mahu ini
pusing sana pusing sini

meniti hari yang aku rasa terluka
makin ke hadapan
makin berdarah
sudah cuba untuk tersenyum manja
apakan daya hanya ternampakan sisi palsu


HatiBatu,
Bunga Merah

Wednesday 25 November 2015

TERKILAN


Betul lah orang kata...

waktu kita susah memang tak ada orang nak tolong 
waktu kita senang berduyun orang datang 

tak ada siapa nak tolong kita 
melainkan orang yang betul-betul fahami
apa yang kita rasa 

tapi bila orang dalam kesusahan 
hati kita pula yang sedih 
dan rasa menolong orang sesuatu rasa yang puas 

rasa terkilan sudah semesti 
ibarat ambil madu sepah dibuang 

rasa tidak mahu menolong orang 
sebab akhirnya sendiri yang akan terkontang-kanting 

ada sesiapa yang mengerti? 

maaf lah memang tak ada kan?

zaman sekarang main "token"
ada "token" baru kerja nak jalan 

manusia.....

dah lah tau fikir
sebab waktu ini 
aku betul-betul terkilan ya rabbi...

HatiBatu,
Bunga Merah


Thursday 23 July 2015

21 Julai 2015

21 Julai 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran Fiancee
Semoga dimurahkan rezeki 
Dipanjangkan umur 
Dipermudahkan urusan

Doa yang baik-baik untuk kita 
Belajar bersederhana berdua
Biar lelah bersama 
Permulaan hidup 

lagi sekali...

Happy Birthday Cinta Hati...

HatiBatu,
Bunga Merah