Tuesday 22 July 2014

OTAK


mati kata.
lelah.
terlalu penat kejar masa.
terduduk diam.
kesat peluh.
setiap saat mengeluh.

kalau boleh di korek isi otak.
di cuci bersih.
diganti yang baru.
semua masalah hilang.

tapi sampai bila perlu sembunyi.
hanya penakut berbuat begitu.
buruk baik tetap perlu diselesaikan.

telan air liur.
kesat air mata.
bangun pandang hadapan.
cari semangat.

ampun maaf aku sujudkan.

HatiBatu,
Bunga Merah.

Tuesday 8 July 2014

MELAYU KINI


hembus rokok tepi longkang
mata melilau lihat anak muda
ke hulu ke hilir 
otak berjalan 
hati kata bolak-balik

berdiri tengah lautan anak manusia
dum dam dum dam penjuru kiri
ini melayu atau pura-pura melayu?

mata berdarah
terkeluar lurah adik ke kakak?
hipster ke tu?
merahnya bibir ala fazura retis tu
pandang seluar putih
jarang nampak seluar kecik gambar kartun
ceh tak ayu langsung

yang si gagah
pandai bergaya
sejuk mata
paling koman 
pendek tang lutut

kompius dengan si betina
ini kalau bakal mentua tengok
sesak nafas tambah serangan jantung

semula..
aku berdiri tengah
jadi pusing
lagu merepek
pakaian sakit mata
aku pusing-pusing-pusing
ambik tempat
duduk tepi
tarik nafas

terfikir..
aku pun jahil
tak reti kisah agama
tapi tertutup tubuh dengan rasa malu
mintak simpang
masih belajar

anak-anak...
2014 

HatiBatu,
Bunga Merah.


Thursday 3 July 2014

USIA

baru terasa kedut muka. 
usia bertambah.
jerawat pasir atas dahi.
muka bekas chicken pox. 
tahi lalat tepi. 

huh! dalam hati nasib badan. 
pikir otak. 
tersedar.
tak bersyukur apa Tuhan bagi. 
itu mahu mengomen lagi.
buang cepat-cepat pikiran.

ya, ini wajah saya. 
secalit pink di bibir. 
fakta garisan senyum. 
mata boolat. 
tahi lalat manis. 

ya, saya Cik Bunga. 


HatiBatu, 
Bunga Merah.

Tuesday 1 July 2014

NOTA HARI ESOK


pengajaran untuk kita kenal kehidupan
yang baik dan buruk ambil tauladan
jangan jatuh kerana masa silam
bangun untuk perbaiki masa depan

belajar melupakan
bina kisah baru
jahit nota berwarna
coret untuk hari-hari esok

aku dan dia
semoga dipermudahkan.

HatiBatu,
Bunga Merah.