Friday 19 September 2014

EMOSI


otak kau dah penat berfikir sebenarnya.
siang fikir hal kerja yang tak sudah-sudah.
malam fikir ke arah masa depan. 
tengah tidur pun otak masih berjalan. 

bila otak dipaksa mengayuh 24 jam
silap haribulan padah lain

dah penat sebenarnya.
bukan penat sikit tapi penat banyak.
hal biasa.
mengeluh jawapannya.

bak kata Hamba Allah.
"takpe bersusah dahulu"

aku pegang kata dia. 
tapi ada jugak terbabas.
rasa nak senang je setiap masa.
lupa Tuhan boleh uji kita bila-bila.

kau cuba cari yang perfect melampau
konon nak riak dengan alam kau dapat yang perfect

kau lupa. 
sebenarnya bukan itu yang kau nak.
tapi sebab pengaruh dunia kejam.

nangis tak tertangis.
dongak tengok bulan.
renung salah diri. 

HatiBatu, 
Bunga Merah.

HANYA ANAK KECIL YANG BARU BELAJAR DUNIA KEJAM

bila satu tahap.
kau mengeluh dengan Tuhan kau.
langsung tak bersyukur.
Tuhan bagi kau bernafas.

itu ini kau nak kata.
itu ini kau tak cukup.
akhir kau mengeluh salahkan Tuhan.

bila waktu senang.
bukan kata kan Tuhan.
mak ayah pun jeling sipi-sipi.

bila satu tahap.
kau baru mengucap.
baru ingat. 
banyak salah kau belakangkan Tuhan.

sedar diri. 
jangan ulang lagi. 
cari nasihat manusia berguna.
alhamdulillah belum terpesong. 

hanya anak kecil yang baru belajar dunia kejam.

HatiBatu,
Bunga Merah. 

LIRIK BAHAGIA


terima kasih seorang abang
hadiahkan lirik itu pada aku
"dik, kau bukak page abang, dengar lagu baru abang."
"sesuai untuk kau dengan bakal suami kau"

aku tersenyum.
terima kasih.
masih ingat aku.

dan aku jawab.
"dah dengar. 3x dah pagi tadi"
"sambil tersengih sorang-sorang"

ya. aku suka lirik lagu tu.

titis-titis gerimis
membasahi di wajahmu
lalu engkau tersenyum
mana hilang sang mentari

tanpa kau sedari
kehadiran sang pelangi
menambahkan seri duniawi

cinta kita bak mentari
gerimis dan sang pelangi
semuanya saling perlu serta memerlukan

pelangi dan keindahan dan kebahagian
dalam seribu dugaan dalam percintaan

cinta suatu anugerah
tuhan maha pemurah
cinta membawa bahagia
bila tersulam penderitaan
---------

lagu pengubat emosi untuk hari ini.
terima kasih sang penulis.

HatiBatu,
Bunga Merah

Friday 12 September 2014

21.06.2014 HARI KONVOKESYEN AKU.




Alhamdulillah.
lambat post.
akhirnya...

abah !! mama !!
adik dah convooooooo...

awak !!!!
saya dah convooooooo...





2011-2013.
tahun yang agak rasa zaman tak best sebenarnya.
kenapa?
rakan-rakan yang lupa diri
rakan-rakan yang boleh simpan rahsia
entah.
banyak kisah.
banyak drama.
ambik keputusan sumbat telinga.

berjaya bawak diri dari kelompok manusia hipokrit.
yes.
lega.

sekarang dah keje.
tak lama lagi galas tanggungjawab baru.
kejap je rasa masa berlalu.
sangat sekejap.

alhamdulillah ini semua rezeki.
kalau ada rezeki lagi kita sambung belajar.
kalau lah...
masik fokus pada urusan kerja dan keluarga.
In Shaa Allah kalau diizinkan.

Selamat Semua...

HatiBatu,
Bunga Merah.

Wednesday 10 September 2014

MENGHADAP

menghadap.
hadap sakit.
azab dunia.
sampai satu tahap.
tangan kau tak boleh diangkat.

titis air mata.
mengeluh.
dugaan.
mama dan dia banyak bantu.

usaha angkut aku.
tahu jawapan.
rupanya sakit sikit sudah bawa naik ke atas.
menganga.
buat punca.

terima.
konsisten makan ubat.
alhamdulillah semakin pulih.

terima kasih mama, keluarga dan dia.


HatiBatu,
Bunga Merah.

Friday 5 September 2014

SEJENAK BERFIKIR

sejenak berfikir
bagaimana mahu martabatkan adat melayu
bagaimana caranya....

Tuesday 2 September 2014

BIBIR TAJAM ITU KAU.

encik abang cik kakak
apa mahu kecoh kain dalam orang
tak perlu sibuk kata itu ini

kau bertanya 
dia jawab
sudah nya 
kau ada riak tak senang 
masalah...

itu hal dia lah. 
pernah fikir?
kenapa dia boleh ke tahap itu
waima dari segala segi

sebab...
dia usaha
nak dapat apa yang dia idamkan

sebab...
titik peluh dia cari mata wang
untuk diri dia
kepuasan sendiri

cuba aku tanya
kau boleh dapat apa yang kau mahu dengan petik jari?

boleh! 
kecuali kau anak keturunan makan tak habis
apedehal.

tanya dia?
tak boleh
sebab tu dia usaha sendiri
waima dia tidak mahu susahkan keluarga dia

kau yang gatal nak kahwin
kau kumpul lah duit sendiri

itu yang dia sedang buat.
tapi orang pandang pesong.
"bukan mahu cemburu lah, melebih lah"
hakikat kau tak tahu apa yang dia mahu.

ulang kata, 
kepuasan sendiri guna wang sendiri.
bukan.
kepuasan sendiri guna duit mak bapak sendiri. 

kau tak rasa
sebab tu bibir kau kata bebas.

itu saja. maaf.

HatiBatu, 
Bunga Merah.