Thursday 11 February 2016

INJAK SETAHUN BUMI

2016

aku lupa sudah injak lagi setahun bumi
aku leka sampai lupa waktu sudah suntuk

terbeban dengan injak setahun bumi
mahu itu mahu ini
pusing sana pusing sini

meniti hari yang aku rasa terluka
makin ke hadapan
makin berdarah
sudah cuba untuk tersenyum manja
apakan daya hanya ternampakan sisi palsu


HatiBatu,
Bunga Merah

No comments:

Post a Comment