Tuesday, 30 December 2014

HANYA KERANA DIA SEORANG ADIK.

Tawar Hati.

tak tahu pada siapa untuk disuarakan.
keluarga yang hampir pecah.
yang disalahkan seorang adik.
hanya seorang adik.
sikap seorang adik.

seorang adik yang hanya nampak salahnya.
hanya seorang adik perlu melutut memohon maaf.
hanya seorang adik abang sanggup berkata begitu.

mungkin nasib tak menyebelahi seorang adik.
hanya sebab dia adalah adik.

pepatah ada mengatakan.
yang tua dihormati.
yang muda disayangi.

mana mahu hormati yang tua kalau yang tua lupa sayang yang muda.
mana mahu pupuk rasa hormat bila tua lupa tanggungjawab pada yang muda.

terseksa rasa.
bila apa yang disuarakan ditolak mentah keluarga.
yang hanya tahu.
dia hanya seorang adik.

ya, hakikat hanya seorang adik.
hak suara nya dipekakkan.

HANYA KERANA DIA SEORANG ADIK.

HatiBatu,
Bunga Merah.

No comments:

Post a Comment