ohhh bulan yang sibuk sekali.
kejar itu ini.
itu semua rezeki aku.
Alhamdulillah.
lepas satu-satu berita gembira aku dapat, dengar dan lihat.
dan senyum sampai ke telinga aku mampu.
betul orang tua kata,
satu kisah pahit pergi, sepuluh kisah manis datang.
pahit- curang di belakang. siapa yang tak makan dalam.
sungguh itu hadiah aku dapat. PENIPU. dan aku terima dengan kopi tanpa gula.
manis- sedang belajar jadi manusia berguna. kumpul harta dan tunggu jejaka luar masuk meminang.
aku tak peduli cinta lagi. dan siap-siap aku pesan sama mama.
"mama, ada sesiapa mahu pinang. katakan adik setuju" dan aku terima dengan kopi tambah susu pekat manis.
baik aku belajar mencintai yang satu dan betul2 hak aku.
manis- lagi, keluar lagi cari pengalaman baru.
manis- akan bertukar status kerjaya.
ahhh! banyak manis.
betul, ini tahun cari duit dan tambah pengalaman. tak perlu jaga hati kekasih yang sudah tiada di sisi.
bina harta sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. untuk diri, keluarga dan masa depan aku.
seterusnya ke fasa alam berdua. In Shaa Allah jika diizinkan..
dan waktu ini, aku hanya mahu tersenyum dan pura-pura senyum seterusnya senyum sedekah.
support aku dalam diam.
HatiBatu,
Bunga Merah.
No comments:
Post a Comment