Terima kasih CIKGU aka CHE GU
pernah rotan tangan aku
pernah berdiri luar kelas
pernah joget dengan aku
lerai kan aku gaduh dengan budak lelaki
banyak lagi pernahhh...
dan paling legend aku ingat,
cikgu disiplin panggil aku, mengeletar jugak lutut
rupanya cuma mahu order nasi lemak sotong.
melawan, mengumpat, menyumpah, menjeling adat lah tu
untuk kebaikan hari ini.
ini buktinyaa..jadi manusia aku jugak.
dalam diam, balik sekolah merempit dengan geng-geng ikut laluan belakang.
kalau depan kantoi lah.
masa tu dah kamcing dengan cikgu dispilin.
belajar bahasa sastera dan teater.
belajar bina teater.
belajar bina pintu ajaib.
belajar bina ukhuwah dengan sobat
teater cinta.
paling best siap guna lagu abang mie 'yang terindah'
penat yang melampau.
dan semua galas atas bahu aku.
akhirnya teater cinta mendapat tempat pada penitia.
usaha kami dan guru bahasa.
Ahhhhh!! banyak kenangan.
lagi sekali, selamat hari cikgu dan hari-hari cikgu.
HatiBatu,
Bunga Merah.
No comments:
Post a Comment