Friday, 13 June 2014

TUAN PUTERI


macam lalang
tiup angin
bergerak lembut kiri kanan 

macam itu si tuan puteri
terumbang-ambing
pitam dengan hala tuju

mahu langkah mana
zahir batin
jiwa tersiat
luaran paksa 

mana satu mahu pakai topeng hari ini?
yang ceria kah?
yang sayu kah?
yang tiada perasaan kah?
yang pura-pura kah?

pilihan si tuan puteri
entah
tiada hala tuju

macam lalang jadinya
bertiup lembut

tiada siapa tahu 
luka berdarah lama
sampai kering 

berlagak seolah-olah tiada apa
itu saja tuan puteri mampu

HatiBatu,
Bunga Merah










No comments:

Post a Comment