Monday, 23 June 2014

DOLU.


dolu.
pernah ada rasa mahu berpaling tadah jantina
berseluar panjang dan t-shirt bodoh
rambut atas leher

mana tak cenggitu
dibesarkan sekeliling lelaki
panjat pokok
tumbuk muka
jalan kasar
lagi-lagi abah
pantang aku pakai kain
dan-dan minta aku tukar
siapa treat siapa ni.

12 tahun.
aku mula segan dedah rambut bila keluar
(sekarang tak ada lah alim mana, bogel jugak kepala) 
segan tu ada. tak banyak sikit.
pakai hijab buka tutup.
suka hati aku lah time tu.

berginjak usia belasan 
sudah sedap hijad di kepala
pakaian masih sama
seluar dan tshirt

16 tahun
kena pedas daripada arwah nenek
sudah besar tapi tak reti pakai kain batik
belajar pakai kain
bagaimana nanti bila dah berumah tangga
time tu pekak telinga 
tangan tunding arah abah
tu..penyebab aku zero ikat kain.

17 tahun
arwah nenek pergi tanggal bulan 5
rasa sedar ada 
rugi nya tak reti ikat kain batik
jinak-jinak gaya perempuan
skirt labuh berbunga, blous feminin
dan jatuh cinta dengan gaya baru

21 tahun
ye, aku sekarang
masih londeh pakai kain batik
bebal asyik mahu lucut
tapi stok-stok pakaian penuh dengan gaya perempuan
nafsu sembilan bercabang
pantang nampak dress mesti rembat satu

itulah perempuan...
ye perempuan...
kaki diskaun terlebih.

HatiBatu,
Bunga Merah.

No comments:

Post a Comment